Berinteraksi dengan teks dalam foto menggunakan Teks Langsung dalam Foto pada Mac
Dalam Foto, anda boleh menggunakan Teks Langsung untuk menyalin dan menggunakan teks yang kelihatan dalam foto. Sebagai contoh, anda boleh menyalin teks papan tanda tepi jalan dan menampalnya ke dalam mesej teks atau e-mel.
Dalam app Foto pada Mac anda, buka foto yang menunjukkan teks.
Tempatkan penuding di atas teks, kemudian seret untuk memilihnya.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Salin teks: Control-klik pilihan anda atau pilih Salin (atau Command-C). Anda kemudian boleh menampal teks ke dalam dokumen atau app lain.
Rujuk makna teks: Control-klik pilihan anda dan pilih Rujuk [teks].
Terjemahkan teks: Control-klik pilihan anda, pilih Terjemah [teks], kemudian pilih bahasa.
Nota: Terjemahan tidak tersedia dalam semua bahasa dan mungkin tidak tersedia di sesetengah negara atau rantau.
Cari web untuk teks: Control-klik pilihan anda dan pilih Cari dengan [enjin carian web].
Kongsi teks dengan orang lain: Control-klik pilihan anda, pilih Kongsi, kemudian pilih cara anda mahu berkongsi teks.
Hubungi nombor telefon: Control-klik pilihan anda atau klik anak panah bawah , kemudian pilih untuk memanggil nombor, memulakan panggilan video atau audio FaceTime, atau menghantar mesej kepada nombor.
Hubungi alamat e-mel: Control-klik pilihan anda atau klik anak panah bawah , kemudian pilih untuk mengarang e-mel atau menambah alamat e-mel kepada Kenalan.
Pergi ke tapak web: Control-klik pilihan anda atau klik anak panah bawa , kemudian buka pautan dalam pelayar anda atau gunakan Lihat Cepat untuk melihat maklumat tapak web.