Perihal akaun dan folder dalam Nota pada Mac
Nota diatur dahulu mengikut Nota Cepat, Nota Matematik, Dikongsi, akaun (contohnya, iCloud atau Pada Mac Saya) dan kemudian mengikut folder. Sesetengah folder dicipta secara automatik. Anda tidak boleh menamakan semula, memadamkan, mengalihkan atau berkongsi folder ini.
Nota Cepat: Hanya kelihatan jika anda mencipta Nota Cepat. Lihat Cipta Nota Cepat.
Nota Matematik: Hanya kelihatan jika anda mencipta nota matematik dalam app Kalkulator pada iPhone atau iPad anda. Lihat Buka Nota Matematik.
Dikongsi: Hanya kelihatan jika anda mempunyai nota dikongsi. Lihat Kongsi nota dan folder.
Semua [akaun]: Hanya kelihatan jika anda mencipta folder anda sendiri. Tunjukkan nota daripada semua folder dalam akaun (kecuali folder Terbaru Dipadam). Contohnya, jika anda menggunakan nota iCloud, terdapat folder Semua iCloud. Jika tersedia, ia sentiasa kelihatan dahulu dalam akaun.
Nota: Mengandungi nota yang bukan di dalam folder yang anda cipta atau folder Terbaru Dipadam. Folder sentiasa kelihatan kedua dalam akaun.
Terbaru Dipadam: Hanya kelihatan jika anda memadamkan nota dalam 30 hari lalu. Terbaru Dipadam menunjukkan nota telah dipadamkan daripada Mac ini, daripada iCloud.com, atau daripada peranti lain anda. (Peranti mesti didaftar masuk ke iCloud menggunakan Akaun Apple yang sama dan mempunyai OS X 10.11 atau lebih baharu, iOS 9 atau lebih baharu, atau iPadOS 13 atau lebih baharu.) Folder ini sentiasa kelihatan terakhir dalam akaun yang berkenaan.
Penting: Jika anda belum menaik taraf nota iCloud anda atau menggunakan akaun nota selain daripada iCloud, folder Terbaru Dipadam tiada dan nota yang dipadamkan dikeluarkan secara kekal daripada semua peranti yang menggunakan akaun yang sama.
Sebagai tambahan, anda boleh mencipta folder anda sendiri.
Ingat perkara berikut tentang memindahkan nota atau folder:
Jika anda keluarkan nota atau folder daripada satu akaun ke akaun lain, anda mungkin hilang format atau lampiran dalam nota anda secara kekal. Contohnya, lukisan mungkin ditukar menjadi fail grafik yang tidak boleh diedit menggunakan editor lakaran dalam Nota pada iPhone, iPad, atau iPod touch.
Dalam akaun, folder “Semua [akaun]” disenaraikan dahulu, diikuti folder Nota. Anda boleh mengalihkan folder anda yang tinggal dalam sebarang susunan yang anda mahukan (bukan hanya susunan abjad).
Anda hanya boleh mengalihkan atau menyalin nota dikunci antara folder dalam akaun iCloud dan Pada Mac Saya (dan anda mungkin perlu membuka kunci untuk berbuat demikian).
Jika anda menambahkan orang ke nota menggunakan akaun iCloud anda, atau anda telah ditambah ke nota menggunakan akaun iCloud anda, anda hanya boleh alih atau salin nota antara folder dalam akaun iCloud yang sama.
Semasa anda melihat folder, secara lalai, nota yang paling baru dicipta atau ditukar disenaraikan dahulu. Anda boleh menukar tertib isih lalai dalam seting Nota untuk semua nota; anda juga boleh menukarkan tertib isih untuk setiap folder yang anda cipta.
Anda juga boleh pinkan nota anda yang paling penting ke bahagian atas senarai nota untuk akses mudah jika anda menggunakan nota iCloud dinaik taraf pada macOS High Sierra 10.13 atau lebih baharu.