Laraskan kelantangan dalam Apple Music di web
Pergi ke music.apple.com/my .
Mainkan muzik daripada pustaka anda, strim muzik daripada Apple Music, atau mainkan radio Apple Music.
Untuk mengawal kelantangan, gunakan gelangsar kelantangan di bahagian atas Apple Music (atau laraskan kelantangan sistem anda).
Nota: Anda mungkin perlu menjadikan tetingkap lebih besar untuk memaparkan gelangsar kelantangan.
Jika anda mempunyai app Muzik atau iTunes pada komputer atau peranti, anda boleh membuka app secara terus daripada Apple Music di web—hanya klik pautan di penjuru kiri bawah.
Lihat jugaCari muzik dalam Apple Music di web