Gunakan Pemain Mini Muzik dalam Apple Music di web
Tukar saiz tetingkap pelayar untuk mendedahkan Pemain Mini. Ia menggunakan kurang ruang pada skrin anda dan masih membolehkan anda menggunakan kawalan main balik, menunjukkan lirik dan banyak lagi.
Pergi ke music.apple.com/my .
Mainkan muzik daripada pustaka anda, strim muzik daripada Apple Music, atau mainkan radio Apple Music.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan Pemain Mini.
Klik karya seni album di bahagian atas tetingkap untuk membuka Pemain Skrin Penuh.
Kurangkan kelebaran tetingkap—seret pinggir kanan atau kiri ke dalam—sehingga butang Tutup kelihatan.
Dalam Pemain Mini, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan lirik: Klik .
Lihat senarai lagu akan datang: Klik .
Untuk mengaktifkan Main Auto, klik .
Tambah lagu ke senarai main, cipta stesen daripada lagu dan banyak lagi: Klik , kemudian pilih pilihan.
Keluar daripada Pemain Mini: Klik di bahagian atas tetingkap, kemudian kembangkan saiz tetingkap mengikut keperluan.
Jika anda mempunyai app Muzik atau iTunes pada komputer atau peranti, anda boleh membuka app secara terus daripada Apple Music di web—hanya klik pautan di penjuru kiri bawah.