Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gemar atau nyahsuka lagu dalam Muzik pada Mac
Anda boleh menggemari atau menyahsuka lagu atau album supaya anda boleh mencari dan memainkannya kemudian dengan mudah.
Dalam app Muzik pada Mac anda, klik pilihan (Album atau Lagu, contohnya) di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Untuk menggemari atau menyahsuka lagu atau album, Control-klik item, kemudian pilih Gemar atau Nyahsuka. Anda boleh juga mengklik butang Tidak Digemari atau butang Digemari di mana-mana sahaja ia muncul dalam Muzik.
Petua: Untuk melihat semua lagu keutamaan anda pada satu tempat, cipta Senarai Main Pintar untuk lagu dan album digemari anda.