Sesuaikan paparan peta anda dalam Peta pada Mac
Anda boleh pilih paparan peta anda, setkan pilihan yang ditunjukkan dalam peta dan arah, pilih sama ada label ditunjukkan dan saiznya, serta tunjukkan skala jarak pada peta.
Tukar paparan peta anda
Dalam app Peta pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar paparan peta: Klik butang Peta dalam bar alat, kemudian klik Lalai, Transit, atau Satelit.
Lihat peta dalam 3D: Klik butang 3D dalam bar alat. Anda mungkin perlu Zum masuk pada peta sebelum objek muncul dalam 3D.
Untuk melihat paparan flyover, gunakan paparan Satelit dalam 3D.
Tukar unit jarak: Untuk memilih sama ada Peta menunjukkan jarak dalam batu atau kilometer, pilih Peta > Keutamaan, kemudian pilih Unit Jarak.
Tunjukkan skala jarak: Untuk menunjukkan skala pada peta, pilih Paparan > Tunjukkan Skala.
Aktifkan atau nyahaktifkan Mod Gelap untuk peta: Pilih Peta > Keutamaan, kemudian pilih atau nyahpilih “Sentiasa gunakan penampilan peta cerah”.
Pilihan ini hanya tersedia apabila Mac anda dalam Mod Gelap. Menukar seting dalam Peta juga menukar penampilan peta dalam app lain seperti Kenalan, Kalendar dan Foto. Lihat Gunakan penampilan cerah atau gelap pada Mac anda.
Tukar pilihan transit anda
Dalam app Peta pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjuk atau sembunyikan pilihan transit: Pilih Peta > Keutamaan, klik Perancang Laluan, kemudian pilih Pilihan Transit Lalai yang anda mahu sertakan semasa merancang perjalanan, seperti Bas atau Feri.
Setkan pilihan memandu: Pilih Peta > Keutamaan, klik Perancang Laluan, kemudian pilih Pilihan Memandu Lalai, seperti Elakkan Tol.
Setkan jenis transit pilihan anda: Pilih Peta > Keutamaan, klik Perancang Laluan, kemudian pilih Jenis Pengangkutan Pilihan anda , seperti Transit atau Berjalan.
App Kalendar menggunakan seting ini untuk mengira masa yang diperlukan untuk pergi ke peristiwa tertentu (jika peristiwa mempunyai alamat) dan memberi anda isyarat apabila tiba masa untuk pergi. Jika anda mahu pergi ke peristiwa menggunakan jenis transit yang berbeza daripada yang anda selalu gunakan, tukar seting ini dalam Peta sebelum anda menambah peristiwa tersebut dalam Kalendar. Selepas anda menambah peristiwa, tukar semula pilihan ini kepada jenis pengangkutan biasa anda. Lihat Tambah lokasi dan masa perjalanan kepada peristiwa dalam Kalendar.
Lihat label pada peta
Dalam app Peta pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Buat label peta lebih besar: Untuk membesarkan label dalam sebarang paparan, pilih Peta > Keutamaan, kemudian pilih Gunakan Label Besar.
Tunjukkan label dalam paparan satelit: Klik butang Peta dalam bar alat, klik Satelit, kemudian pilih Label. Ini membekalkan paparan hibrid di antara paparan peta dan satelit.
Setkan bahasa pilihan anda untuk label peta: Untuk sentiasa menggunakan bahasa pilihan komputer anda bagi label peta tidak kira bahasa negara atau rantau yang anda lihat, pilih Peta > Keutamaan, kemudian pilih Sentiasa Tunjukkan Label dalam [bahasa]. Lihat Tukar bahasa yang digunakan oleh Mac anda.