Sesuaikan paparan peta anda dalam Peta pada Mac
Anda boleh pilih paparan peta anda, setkan pilihan yang ditunjukkan dalam peta dan arah, pilih sama ada label ditunjukkan dan saiznya, serta tunjukkan skala jarak pada peta.
Tukar paparan peta anda
Tukar paparan peta: Klik Peta, Transit, atau Satelit dalam bar alat.
Lihat peta dalam 3D: Klik butang 3D atau klik menu timbul Tunjukkan, kemudian pilih Tunjukkan Peta 3D. Anda mungkin perlu Zum masuk pada peta sebelum objek muncul dalam 3D.
Untuk melihat paparan flyover, gunakan paparan Satelit dalam 3D.
Tukar unit jarak: Untuk pilih sama ada Peta menunjukkan jarak dalam batu atau kilometer, pilih Lihat > Jarak > Dalam Batu, atau Lihat > Jarak > Dalam Kilometer.
Tunjukkan skala jarak: Untuk menunjukkan skala pada peta, pilih Lihat > Tunjukkan Skala.
Aktifkan atau nyahaktifkan Mod Gelap untuk peta: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Gelap, pilih Lihat > Gunakan Peta Gelap (kotak semak menunjukkan ia aktif).
Pilihan ini hanya tersedia apabila Mac anda dalam Mod Gelap. Menukar seting dalam Peta juga menukar penampilan peta dalam app lain seperti Kenalan, Kalendar dan Foto. Lihat Gunakan penampilan cerah atau gelap pada Mac anda.
Tukar pilihan transit anda
Tunjuk atau sembunyikan pilihan transit: Pilih Lihat > Arah > Arah Transit, kemudian pilih pilihan pengangkutan awam yang anda mahu sertakan semasa merancang perjalanan, seperti Bas atau Feri.
Setkan pilihan memandu: Pilih Lihat > Arah > Pilihan Memandu, kemudian pilih pilihan seperti Elakkan Tol.
Setkan jenis transit pilihan anda: Pilih Lihat > Arah, kemudian pilih jenis pengangkutan biasa anda, seperti berjalan kaki atau transit awam.
App Kalendar menggunakan seting ini untuk mengira masa yang diperlukan untuk pergi ke peristiwa tertentu (jika peristiwa mempunyai alamat) dan memberi anda isyarat apabila tiba masa untuk pergi. Jika anda mahu pergi ke peristiwa menggunakan jenis transit yang berbeza daripada yang anda selalu gunakan, tukar seting ini dalam Peta sebelum anda menambah peristiwa tersebut dalam Kalendar. Selepas anda menambah peristiwa, tukar semula pilihan ini kepada jenis pengangkutan biasa anda. Lihat Tambah lokasi dan masa perjalanan kepada peristiwa dalam Kalendar.
Lihat label pada peta
Buat label peta lebih besar: Untuk membesarkan label dalam sebarang paparan, pilih Lihat > Label > Gunakan Label Besar.
Tunjukkan label dalam paparan satelit: Klik Satelit dalam bar alat, klik menu timbul Tunjukkan, kemudian pilih Tunjukkan Label. Ini membekalkan paparan hibrid di antara paparan peta dan satelit.
Setkan bahasa pilihan anda untuk label peta: Untuk sentiasa menggunakan bahasa pilihan untuk label peta tidak kira bahasa rantau yang anda lihat, pilih Lihat > Label > Sentiasa Tunjukkan Label dalam [bahasa]. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Pilih bahasa yang digunakan Mac anda.