Import atau eksport peti mel
Mail boleh mengimport mesej yang telah dieksport ke dalam format mbox daripada app e-mel yang lain. Ia juga boleh mengimport peti mel yang dieksport daripada app Mail pada Mac.
Import peti mel
Pilih Fail > Import Peti Mel.
Pilih sumber dalam senarai, baca maklumat yang muncul di bawah senarai, kemudian klik Teruskan.
Jika anda mengimport peti mel yang dieksport daripada Mail atau folder dalam folder ~/Library/Mail/V5 pada Mac yang lain, pilih Apple Mail.
Jika anda mengimport mesej dari komputer Windows atau UNIX, pilih “Fail dalam format mbox,” kemudian, cari folder yang mengandungi fail itu.
Atur semula mesej yang diimport, jika anda suka.
Mesej berada dalam peti mel baru yang dipanggil Import dalam bar sisi Mail. Anda boleh seret folder dan mesej dari peti mel Import ke peti mel baru atau yang sedia ada, kemudian padam peti mel Import.
Eksport peti mel
Pilih satu atau lebih peti mel, kemudian pilih Peti Mel > Eksport Peti Mel.
Pilih folder atau cipta folder baru, kemudian klik Pilih.
Mail mengeksport peti mel sebagai pakej .mbox. Jika sebelum ini anda telah mengeksport peti mel, Mail tidak menulis ganti fail .mbox yang sedia ada; ia mencipta fail .mbox baru, seperti Peti Mel Saya 3.mbox.