Simpan e-mel draf dalam Mail pada Mac
Mail menyimpan mesej e-mel semasa anda menulisnya dan apabila anda keluar daripada Mail dengan mesej terbuka yang belum dihantar secara automatik. Anda boleh simpan mesej sebagai draf anda sendiri pada bila-bila masa.
Simpan draf
Dalam app Mail pada Mac anda, pastikan anda dalam mesej yang anda mahu simpan.
Pilih Fail > Simpan.
Anda juga boleh menutup tetingkap mesej, kemudian klik Simpan dalam dialog yang muncul.
Buka draf
Dalam app Mail pada Mac anda, buka peti mel Draf (daripada bar Kegemaran atau bar sisi Mail).
Dwiklik draf untuk membukanya pada tetingkap mesej, kemudian teruskan mengguna mesej anda.
Untuk akaun Exchange dan IMAP, draf disimpan pada pelayan mel (kecuali anda memilih peti mel pada Mac anda dalam anak tetingkap Kelakuan Peti Mel pada keutamaan Mail). Sebaik sahaja Mail menyegerakkan dengan pelayan mel, draf anda tersedia di mana-mana sahaja anda menggunakan akaun tersebut. Untuk selaraskan draf dengan serta-merta, pilih Peti Mel > Selaraskan > [akaun].
Jika anda menggunakan Handoff, anda boleh bertukar antara Mac anda dan peranti lain semasa menulis mesej. Untuk membuka mesej dihantar ke Mac anda, klik ikon Handoff Mail yang muncul di bahagian kiri Dock.