Arkibkan e-mel dalam Mail pada Mac
Anda boleh menyimpan mesej e-mel dalam peti mel Arkib—contohnya, untuk mencarinya dengan cepat kemudian apabila anda bersedia untuk mengambil tindakan.
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih satu atau lebih mesej.
Jika anda memilih perbualan, sebarang mesej dalam perbualan yang di dalam peti mel semasa—contohnya, peti Masuk— akan diarkibkan, mesej berkaitan dalam peti mel lain tidak akan diarkibkan.
Klik butang Arkib dalam bar alat Mail (atau gunakan Touch Bar).
Jika anda mengesetkan pilihan “Pindahkan Mesej Dibuang Ke Dalam:” kepada Arkib dalam keutamaan Melihat dalam Mail, anda boleh mengarkibkan mesej daripada pemberitahuan Mail. Hanya gerakkan penuding ke atas pemberitahuan Mail, kemudian klik Arkib.
Mail mencipta peti mel Arkib dalam bar sisi Mail untuk setiap akaun yang mesejnya anda arkibkan dan pindahkan mesej ke sana. Untuk melihatnya, klik peti mel. Mesej diarkibkan kekal sehingga anda memadam atau mengalihnya.