pengepala mesej
Bahagian e-mel yang mendahului isi atau teks mesej. Pengepala penuh mesej termasuk maklumat terperinci tentang pelayan mel dan protokol digunakan untuk menghala mesej. Kebanyakan app e-mel, termasuk Mail, menunjukkan versi singkatan—biasanya, pengirim, penerima, tarikh dan subjek.
Dalam Mail, anda boleh menggerakkan penuding di sekeliling kawasan pengepala mesej yang anda terima untuk menjadikan pengirim VIP dan mendedahkan ikon yang anda boleh gunakan untuk memadam, menjawab, atau memajukan mesej, serta mengurus lampiran.
Apabila anda mengantar e-mel, anda boleh menambahkan item ke kawasan pengepala, seperti medan Keutamaan. Klik butang Medan Pengepala dalam tetingkap mesej baharu.