Bar sisi Mail
Bar sisi Mail menyenaraikan item peti mel, folder dan ditandakan untuk akaun e-mel yang anda gunakan dalam Mail dan peti mel kegemaran anda. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi, atau tekan Control-Command-S. Jika anda tidak melihat akaun e-mel yang dijangkakan dalam bar sisi, pilih Mail > Keutamaan, klik Akaun, klik Maklumat Akaun, kemudian pastikan akaun didayakan.
Untuk meningkatkan saiz ikon dan teks dalam bar sisi Mail, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Umum , kemudian pilih saiz daripada menu timbul “Saiz ikon bar sisi”.