Terima atau henti pemberitahuan
Banyak app menggunakan pemberitahuan untuk memberitahu anda tentang peristiwa, kemas kini, atau perubahan. Pemberitahuan muncul secara ringkas di sudut atas kanan pada skrin atau kekal di sana sehingga anda menolaknya.
Anda boleh setkan pilihan dalam Keutamaan pemberitahuan untuk mengubah bagaimana pemberitahuan muncul dan berhenti atau jeda mereka.
Lihat pemberitahuan yang anda terima
Dapatkan butiran: Klik Tunjukkan, atau klik pemberitahuan.
Respons kepada e-mel atau teks mesej: Klik Balas.
Simpan item AirDrop kepada desktop: Seret item daripada pemberitahuan ke desktop. (Jika tidak, item AirDrop disimpan ke folder Muat Turun.)
Respons kepada panggilan: Klik Terima atau Tolak. Untuk balas menggunakan app Mesej, klik segi tiga pendedahan di sebelah Menolak, kemudian pilih Balas dengan Mesej.
Pilih bila untuk mengemas kini perisian: Klik Kemudian, kemudian pilih masa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengemas kini, lihat Pastikan Mac anda terkini.
Ulang pemberitahuan: Klik Tidur Sekejap. Pemberitahuan muncul semula 15 minit kemudian. Untuk memilih apabila pemberitahuan muncul semula, klik dan tahan Tidur Sekejap, kemudian pilih masa.
Henti atau jeda pemberitahuan
Anda boleh setkan pilihan dalam keutamaan Pemberitahuan untuk menyahaktifkan app tertentu atau untuk jeda semua pemberitahuan. Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan.
Buka keutamaan Pemberitahuan untuk saya
Nyahaktifkan pemberitahuan untuk app: Dalam keutamaan Pemberitahuan, pilih app di sebelah kiri, kemudian pilih Tiada untuk gaya amaran app di sebelah kanan. Anda tidak lagi menerima sebarang pemberitahuan untuk app.
Berhenti pemberitahuan semasa jam tertentu: Dalam keutamaan Pemberitahuan, pilih Jangan Ganggu di sebelah kiri, kemudian setkan pilihan.
Hentikan pemberitahuan buat sementara: Tekan terus kekunci Option semasa anda klik ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu. Atau klik ikon untuk membuka Pusat Pemberitahuan, leret ke bawah, kemudian aktifkan Jangan Ganggu. Ia kekal aktif sehingga waktu tengah malam, masa dijadualkan seterusnya untuk dinyahaktifkan (berdasarkan seting dalam keutamaan Pemberitahuan) atau anda menyahaktifkannya.
Apabila Jangan Ganggu diaktifkan, ikon Pusat Pemberitahuan dalam bar menu dimalapkan. Anda tidak lihat atau dengar pemberitahuan tiba; ia dikumpul dalam Pusat Pemberitahuan di mana anda boleh melihatnya nanti.