Gunakan Cari Mac Saya untuk mencari Mac yang hilang
Jika anda tersalah letak Mac anda, Cari Mac Saya membantu anda mencari dan melindunginya. Sebelum Mac anda hilang, pastikan anda sediakan Cari Mac Saya dan ketahui cara untuk mencari dan melindungi Mac anda menggunakan Cari iPhone Saya pada iCloud.com atau pada peranti iOS.
Selagi Mac anda yang hilang tidak tidur dan disambungkan ke rangkaian Wi-Fi atau ditambat pada hotspot peribadi, anda boleh mencarinya di peta. Jika ia disambungkan ke Internet melalui Ethernet, Wi-Fi atau hotspot peribadi, anda boleh mainkan bunyi padanya, kuncinya atau padamkannya sepenuhnya.
Sediakan Cari Mac Saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Buka keutamaan iCloud untuk saya
Jika anda diminta untuk mendaftar masuk, masukkan Apple ID anda atau, jika anda tidak mempunyainya, klik Cipta Apple ID baru, kemudian ikut arahan.
Pilih Cari Mac Saya. Jika diminta untuk membenarkan Cari Mac saya untuk menggunakan lokasi Mac anda, klik Benarkan.
Jika butang Butiran muncul di sebelah Cari Mac Saya, klik butang itu, klik Buka Keselamatan & Privasi, kemudian klik Dayakan Perkhidmatan Lokasi.
Butang Butiran muncul jika Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan dalam keutamaan Keselamatan & Privasi.
Jika Dayakan Perkhidmatan Lokasi dimalapkan dalam keutamaan Keselamatan & Privasi, klik ikon kunci , kemudian taipkan nama dan kata laluan pentadbir untuk komputer.
Untuk keselamatan tambahan, pastikan semua akaun pengguna mempunyai kata laluan selamat dan log masuk automatik dinyahaktifkan dalam keutamaan Pengguna & Kumpulan.
Untuk arahan, lihat Tukar kata laluan log masuk pada Mac dan Jika anda tidak melihat tetingkap log masuk apabila anda mulakan Mac anda. Untuk membuka keutamaan Pengguna & Kumpulan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pengguna & Kumpulan.
Cari dan lindungi Mac anda yang hilang
Apabila anda perlu mencari dan melindungi Mac anda yang hilang, lakukan mana-mana daripada berikut:
Menggunakan komputer lain: Pergi ke icloud.com/find untuk menggunakan app Cari iPhone Saya pada iCloud.com. Gunakan pelayar web Mac atau Windows yang memenuhi keperluan sistem iCloud. Lihat Apakah itu Cari iPhone Saya? dalam Bantuan iCloud.
Menggunakan peranti iOS: Gunakan app Cari iPhone Saya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, ketik Bantuan dalam app Cari iPhone Saya.
Dengan app Cari iPhone Saya pada iCloud.com atau pada peranti iOS, anda boleh lakukan yang berikut:
Cari Mac anda pada peta: Lihat lokasi anggaran Mac anda semasa ia bersambung ke rangkaian Wi-Fi.
Mainkan bunyi pada Mac anda: Jika anda merasakan Mac anda yang hilang ada berdekatan, anda boleh mainkan bunyi padanya untuk membantu anda mencarinya.
Buka Kunci Mac anda: Jika anda tidak dapat mencari Mac, anda boleh menguncinya dengan kod supaya orang lain tidak dapat menggunakannya.
Padam Mac anda: Padam keseluruhan kandungan Mac anda secara jauh dan kuncinya dengan kod supaya orang lain tidak dapat menggunakannya.
Sebelum memadam Mac anda, cuba mencarinya pada peta dan mainkan bunyi padanya. Selepas memadamnya, anda tidak dapat menggunakan Cari iPhone Saya juga. Walau bagaimanapun, anda boleh melihat lokasi di mana ia terakhir bersambung rangkaian Wi-Fi.
Jika Mac anda ditutup atau di luar talian apabila anda cuba melakukan mana-mana yang atas, tindakan akan dilakukan kali seterusnya Mac anda dalam talian.
Nota: Sebarang kad kredit atau debit disediakan untuk Apple Pay pada Mac anda akan digantung untuk Mac anda jika anda menguncinya, atau dikeluarkan daripada Mac anda jika anda memadamnya, walaupun jika Mac anda di luar talian. Apple Pay dinyahdayakan untuk Mac anda dalam kedua-dua kes. Anda boleh terus menggunakan kad digantung pada Mac anda selepas anda buka kuncinya dan daftar masuk ke iCloud lagi.