Reset kata laluan log masuk Mac anda
Kadang-kadang kata laluan log masuk perlu untuk direset—sebagai contoh, jika anda terlupa kata laluan log masuk dan tidak dapat menggunakan pembayang kata laluan untuk mengingatinya.
Reset kata laluan log masuk anda menggunakan Apple ID anda
Jika akaun pengguna anda berkait dengan Apple ID, anda boleh gunakan Apple ID untuk reset kata laluan log masuk anda.
Klik tanda soal di sebelah medan kata laluan.
Jika anda tidak melihat tanda soal , tekan dan tahan butang kuasa sehingga Mac anda ditutup, kemudian tekan butang kuasa untuk memulakan semula Mac anda.
Klik anak panah di sebelah “resetnya menggunakan Apple ID anda”.
Jika anda tidak melihat anak panah , lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh mereset kata laluan log masuk Mac anda.
Masukkan Apple ID dan kata laluan, kemudian klik Seterusnya.
Ikuti arahan untuk reset kata laluan daftar masuk anda.
Jika anda tidak mengingati kata laluan Apple ID anda, lihat Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda.
Reset kata laluan log masuk anda menggunakan kunci pemulihan
Jika anda mengaktifkan penyulitan FileVault dan mencipta kunci pemulihan, anda boleh menggunakan kunci pemulihan untuk reset kata laluan daftar masuk anda.
Klik tanda soal di sebelah medan kata laluan.
Jika anda tidak melihat tanda soal , tekan dan tahan butang kuasa sehingga Mac anda ditutup, kemudian tekan butang kuasa untuk memulakan semula Mac anda.
Klik anak panah di sebelah “resetnya menggunakan kunci pemulihan anda”.
Jika anda tidak melihat anak panah , lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh mereset kata laluan log masuk Mac anda.
Masukkan kunci pemulihan, kemudian klik Seterusnya.
Ikuti arahan untuk reset kata laluan daftar masuk anda.
Apabila kata laluan log masuk pengguna direset, rantai kunci lalai baharu dicipta untuk menyimpan kata laluan pengguna. Lihat Perihal kata laluan rantai kunci anda.