Gunakan gerak isyarat trackpad dan tetikus pada Mac
Semasa anda menggunakan trackpad Apple atau Magic Mouse dengan Mac, anda boleh menggunakan gerak isyarat—seperti klik, ketik, cubit dan leret—untuk zum masuk pada dokumen, layari muzik atau halaman web, putar foto, buka Pusat Pemberitahuan dan banyak lagi.
Gerak isyarat trackpad
Gunakan satu atau lebih jari pada permukaan trackpad anda untuk klik, ketik, luncur, leret dan banyak lagi. Contohnya, untuk bergerak antara halaman dokumen, leret kiri atau kanan dengan dua jari. Untuk melihat semua gerak isyarat trackpad yang anda boleh gunakan dengan Mac anda, atau nyahaktifkan gerak isyarat tersuai, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Trackpad.
Gerak isyarat tetikus
Gunakan satu atau lebih jari pada permukaan tetikus untuk klik, ketik, luncur, atau leret item. Contohnya, untuk bergerak antara halaman dokumen, leret kiri atau kanan dengan satu jari. Untuk melihat semua gerak isyarat tetikus anda boleh gunakan dengan Mac anda, atau nyahaktifkan atau sesuaikan gerak isyarat, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Tetikus.