Simpan tenaga pada Mac anda
Mac anda direka untuk menjadi cekap tenaga dengan segera, menggunakan ciri seperti Memori Dimampatkan dan App Nap untuk kekal cepat dan menjimatkan kuasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang anda boleh optimumkan lagi penggunaan tenaga.
Jadikan Mac anda tidur
Apabila dalam tidur, Mac anda masih diaktifkan, tetapi ia menggunakan tenaga yang kurang. Membangunkan Mac anda daripada tidur akan mengambil kurang masa daripada memulakannya.
Jadikan Mac anda tidur sekarang juga: Pada Mac anda, pilih menu Apple > Tidur. Lihat Tidurkan atau bangunkan Mac anda.
Setkan Mac anda tidur selepas tempoh ketidakaktifan: Ikuti arahan dalam Jadualkan komputer desktop Mac anda untuk aktif atau nyahaktif.
Malapkan paparan
Malapkan paparan ke tahap paling rendah yang selesa. Sebagai contoh, paparan boleh menjadi lebih malap apabila anda berada dalam bilik gelap daripada apabila anda berada di tempat yang cerah.
Untuk malapkan paparan, tekan kekunci kecerahan papan kekunci anda atau gunakan keutamaan Paparan. Lihat Tukar kecerahan paparan Mac anda.
Jika anda menggunakan komputer buku Mac, anda boleh juga mengesetkan paparan anda untuk malap secara automatik apabila anda menggunakan kuasa bateri. Lihat Tukar keutamaan Bateri pada komputer buku Mac.
Nyahaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth
Nyahaktifkan Bluetooth dan Wi-Fi jika anda tidak memerlukannya. Ia menggunakan tenaga walaupun jika tidak digunakan.
Nyahaktifkan Bluetooth: Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bluetooth.
Buka keutamaan Bluetooth untuk saya
Jika Bluetooth diaktifkan, klik Nyahaktifkan Bluetooth.
Nyahaktifkan Wi-Fi: Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Buka keutamaan Rangkaian untuk saya
Pilih Wi-Fi dalam senarai di bahagian kiri. Jika Wi-Fi diaktifkan, klik Nyahaktifkan Wi-Fi.
Putuskan sambungan peranti dan tutup app
Aksesori: Putuskan sambungan sebarang aksesori yang anda tidak menggunakannya, seperti pemacu keras luaran.
CD, DVD dan pemacu luaran yang disambungkan: Keluarkan sebarang CD atau DVD yang anda tidak gunakan. Jika anda menggunakan peranti luaran, seperti Apple USB SuperDrive, putuskan sambungannya dari Mac anda.
App: Keluar daripada app yang anda tidak gunakan. Biarpun app yang anda tidak gunakan boleh berfungsi di latar belakang dan menggunakan tenaga.
Manfaatkan sepenuhnya bateri anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bateri, kemudian klik Bateri atau Penyesuai Kuasa.
Buka keutamaan Bateri untuk saya
Anda boleh memilih pilihan set yang berlainan bergantung sama ada Mac anda dipasangkan. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk malapkan paparan anda dan meletakkan Mac anda dalam mod tidur lebih cepat apabila ia menggunakan baterinya. Lihat Optimumkan seting tenaga untuk komputer buku Mac.
Pilih pilihan lain menyimpan tenaga
Dalam keutamaan Penjimat Kuasa, pilih pilihan yang lebih memudahkannya untuk menjimatkan tenaga. Sebagai contoh, jika anda membenarkan komputer lain mengakses sumber dikongsi pada Mac anda—seperti pencetak atau senarai main Muzik dikongsi—semasa ia dalam tidur anda mungkin boleh menjadikan Mac anda tidur dengan lebih kerap.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Jika anda menggunakan komputer desktop Mac: Klik Penjimat Kuasa.
Jika anda menggunakan komputer buku Mac: Klik Bateri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Setkan seting tidur dan bangun untuk Mac anda.