Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga pada Mac
Anda hanya boleh menjadi sebahagian daripada satu kumpulan Perkongsian Keluarga pada satu masa, tetapi anda (dan ahli keluarga lain kecuali kanak-kanak) boleh mengeluarkan diri anda daripada kumpulan Perkongsian Keluarga jika anda tidak lagi mahu menyertai. Selepas anda meninggalkan satu kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh menyertai atau menyediakan kumpulan lain. Walau bagaimanapun, setiap seorang hanya boleh menyertai dua kumpulan keluarga setiap tahun. (Menyertai semula kumpulan keluarga atau mencipta yang baharu dikira pada had ini).
Kanak-kanak yang sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga tidak boleh dikeluarkan daripada kumpulan. Lihat artikel Sokongan Apple Alihkan kanak-kanak ke kumpulan lain menggunakan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Keluarga dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Keluarga, anda bukan sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga.
Klik [nama anda] di sebelah kanan, klik Berhenti Menggunakan Perkongsian Keluarga, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Jika anda meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga, anda akan dapat menyimpan pembelian yang dibayar menggunakan kad kredit dikongsi, tetapi anda hilang akses kepada perkara lain yang dikongsi oleh ahli keluarga dengan serta-merta:
Item ahli keluarga lain tidak lagi kelihatan dalam bahagian Dibeli daripada App Store dan app Muzik, atau bahagian Pembelian Keluarga daripada Apple Books.
Muzik, filem, rancangan TV, buku dan app yang dilindungi DRMyang anda muat turun sebelumnya tidak boleh digunakan lagi jika dibeli oleh orang lain pada asalnya. Ahli keluarga lain tidak boleh menggunakan lagi kandungan yang dilindungi DRM yang dimuat turun daripada koleksi anda.
Pembelian dalam app menjadi tidak tersedia jika anda membelinya menggunakan app yang dibeli oleh orang lain pada asalnya. Anda boleh mendapatkan semula akses kepada pembelian dalam app dengan membeli app itu.
Lokasi peranti ahli keluarga tidak kelihatan apabila anda menggunakan app Cari pada Mac, peranti iOS, atau peranti iPadOS anda, atau di iCloud.com.