Tinggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga
Ahli keluarga boleh mengeluarkan diri mereka daripada kumpulan Perkongsian Keluarga pada bila-bila masa. Ahli keluarga hanya boleh menjadi sebahagian daripada satu kumpulan Perkongsian Keluarga pada satu masa. Selepas ahli keluarga meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga, mereka boleh menyertai atau menyediakan keluarga lain.
Petua: Berbanding meninggalkan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga boleh menyahlanggan dengan memadamkan Kalendar, Pemberitahuan dan album Foto dikongsi dan masih mempunyai akses ke ciri perkongsian keluarga lain.
Kanak-kanak yang sebahagian daripada Perkongsian Keluarga tidak boleh dikeluarkan daripada kumpulan Perkongsian Keluarga. Lihat artikel Sokongan Apple: Alihkan anak ke kumpulan lain menggunakan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian Keluarga.
Pilih Keluarga dalam bar sisi.
Klik Butiran bersebelahan nama anda dalam senarai ahli Keluarga, kemudian klik Keluar daripada Perkongsian Keluarga.
Jika anda meninggalkan kumpulan Perkongsian Keluarga, anda akan dapat menyimpan pembelian yang dibayar menggunakan kad kredit dikongsi, tetapi anda hilang akses kepada perkara lain yang dikongsi oleh ahli keluarga dengan serta-merta:
Item ahli keluarga lain tidak lagi muncul dalam bahagian Dibeli daripada iTunes Store, App Store dan Apple Books.
Muzik, filem, rancangan TV, buku dan app yang dilindungi DRMyang anda muat turun sebelumnya tidak boleh digunakan lagi jika dibeli oleh orang lain pada asalnya. Ahli keluarga lain tidak boleh menggunakan lagi kandungan yang dilindungi DRM yang dimuat turun daripada koleksi anda.
Pembelian dalam app menjadi tidak tersedia jika anda membelinya menggunakan app yang dibeli oleh orang lain pada asalnya. Anda boleh mendapatkan semula akses kepada pembelian dalam app dengan membeli app itu.
Album foto, kalendar dan senarai peringatan ahli keluarga akan dikeluarkan daripada peranti anda.
Lokasi peranti ahli keluarga tidak akan muncul apabila anda menggunakan app Cari pada iCloud.com atau pada Mac, atau peranti iOS atau iPadOS anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang meninggalkan Perkongsian Keluarga menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Sediakan Perkongsian Keluarga” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.