Jadualkan komputer desktop Mac anda untuk hidup atau mati
Jadualkan masa tertentu untuk Mac anda bermula, tutup, pergi tidur atau bangun dari tidur. Anda boleh melakukan ini jika anda mahu memastikan Mac anda nyahaktif apabila anda tidak bekerja dan aktif sebelum anda datang bekerja.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Penjimat Kuasa.
Klik Jadual di penjuru kanan bawah, kemudian pilih pilihan yang anda mahu gunakan.
Jadualkan masa bermula atau bangun untuk Mac anda: Pilih kotak semak "Mula atau bangun". Pilih hari atau kumpulan hari dari menu timbul, kemudian masukkan masa.
Jadualkan masa tidur, mula semula atau penutupan untuk Mac anda: Pilih kotak semak “Tidur, mula semula, atau tutup” dan pilih pilihan yang sesuai daripada menu timbul di sebelah kiri. Pilih hari atau kumpulan hari dari menu timbul di sebelah kanan, kemudian masukkan masa.
Mac anda mesti bangun dan anda mesti dialog masuk padanya untuk menutupnya pada masa yang dijadualkan. Jika anda tidak dialog masuk atau Mac anda tidur, ia tidak akan tutup.
Nota: Jika anda mempunyai sebarang dokumen dengan perubahan yang tidak disimpan, Mac anda mungkin tidak akan tidur atau tutup apabila dijadualkan.