Gunakan pintasan papan kekunci sejagat pada Mac
Pintasan papan kekunci membenarkan anda melaksanakan tugas dengan cepat dengan menekan kekunci pada papan kekunci anda. Untuk senarai pintasan papan kekunci macOS, lihat artikel Sokongan Apple Pintasan papan kekunci Mac.
Anda boleh menyahdayakan atau menukar banyak pintasan papan kekunci “global”, iaitu pintasan yang berfungsi dengan cara yang sama dalam kebanyakan app. Mengubah atau menyahaktifkan pintasan mungkin berguna jika, sebagai contoh, salah satu pintasan global digunakan oleh app tertentu untuk tujuan berlainan. Dalam situasi ini, anda boleh sama ada menyahaktifkan pintasan yang anda tidak perlukan, atau menetapkan gabungan kekunci yang berlainan kepadanya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Pintasan.
Pilih item dalam anak tetingkap di sebelah kiri kemudian, dalam anak tetingkap di kanan, pilih kotak semak di sebelah pintasan yang anda mahu tukar.
Dwiklik gabungan kekunci semasa, kemudian tekan gabungan kekunci baru yang anda mahu gunakan.
Anda tidak boleh menggunakan setiap jenis kekunci (sebagai contoh, kekunci huruf) lebih daripada sekali dalam gabungan kekunci.
Keluar dan mula semula sebarang app yang anda sedang gunakan bagi pintasan papan kekunci baru dapat memberi kesan.
Nota: Anda boleh mencipta pintasan papan kekunci hanya untuk perintah menu sedia ada. Anda tidak boleh mentakrifkan pintasan papan kekunci untuk tugas tujuan am seperti membuka app atau bertukar antara app.
Jika anda menetapkan pintasan papan kekunci yang telah pun wujud untuk perintah lain atau app lain, pintasan baru anda tidak akan berfungsi. Cari perintah menu yang menggunakannya, kemudian tetapkan semula pintasan papan kekunci untuk item tersebut.
Untuk menyahaktifkan pintasan, nyahpilih kotak semak di sebelah perihalannya dalam senarai.
Jika anda mahu mengembalikan semua pintasan kepada gabungan kekunci asalnya, klik Pulihkan Lalai.