Tulis dalam bahasa lain pada Mac anda
Tulis dalam bahasa lain pada Mac anda dengan tataletak papan kekunci tambahan, yang dikenali sebagai sumber input. Untuk menggunakan tataletak papan kekunci, tambah bahasa yang anda mahu gunakan pada menu input. Kemudian bertukar kepada bahasa tersebut apabila anda mahu menggunakannya. Anda juga boleh bertukar bahasa dengan cepat menggunakan papan kekunci anda atau kekal dalam bahasa utama anda dan menggunakan menu aksen untuk memasukkan aksara dengan tanda akses semasa menulis.
Sediakan Mac anda untuk menulis dalam bahasa lain
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci , kemudian klik Sumber Input.
Klik butang Tambah , kemudian cari bahasa (seperti Cina, Ringkas). Pilih satu atau lebih sumber input untuk setiap bahasa yang anda mahu gunakan.
Klik Tambah.
Untuk mula menulis dalam bahasa lain, pilih bahasa yang anda mahu gunakan dalam menu Input dalam bar menu. Klik Tunjukkan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci bahasa yang anda sedang pilih.
Selepas anda menambah sumber input, pilihan untuk menunjukkan menu Input dalam bar menu dipilih secara automatik. Menu Input membenarkan anda bertukar sumber input dengan cepat sebagaimana yang diperlukan.
Tukar antara bahasa semasa menulis
Tukar antara bahasa semasa menulis dengan memilih bahasa yang anda mahu gunakan dalam menu Input. Anda juga boleh menyediakan Mac anda untuk bertukar antara bahasa dengan cepat menggunakan papan kekunci anda.
Gunakan menu Input: Klik menu Input dalam bar menu, kemudian pilih sumber input. Jika sumber input dimalapkan, app semasa tidak menyokongnya.
Anda juga boleh menekan Option-Control-bar Space untuk memilih sumber input seterusnya dalam menu Input, atau Control-bar Space untuk memilih sumber input sebelumnya.
Gunakan kekunci Caps Lock: Jika anda mengesetkan pilihan dalam keutamaan Sumber Input untuk menukar sumber input dengan menggunakan kekunci Caps Lock atau kekunci penukaran bahasa berdedikasi (sebagai contoh, “中 / 英” pada papan kekunci Cina – Pinyin dan Cina – Zhuyin), tekan kekunci untuk bertukar antara sumber input bukan Latin (seperti Cina dan Korea) dan sumber input Latin (seperti Perancis atau Inggeris).
Untuk menyemak seting anda dalam keutamaan Sumber Input, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci , kemudian klik Sumber Input.
Gunakan kekunci Fn atau : Jika anda mengesetkan pilihan dalam keutamaan Papan Kekunci untuk menukar sumber input dengan menggunakan kekunci Fn atau (jika tersedia pada papan kekunci), tekan kekunci untuk memaparkan senarai sumber input anda, kemudian teruskan menekan kekunci sehingga sumber input yang anda mahu bertukar dipilih. Senarai hilang secara automatik.
Untuk menyemak seting anda dalam keutamaan Papan Kekunci, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Papan Kekunci, kemudian klik Papan Kekunci.
Gunakan Touch Bar: Jika Mac anda mempunyai Touch Bar dan anda menyesuaikan Control Strip dengan menambah butang Sumber Input , butang Tulisan Tangan , atau keduanya, ketik butang, kemudian ketik sumber input yang anda mahu gunakan. Lihat Sesuaikan Touch Bar.
Apabila anda menambah sumber input, bahasa tersebut secara automatik ditambah ke senarai bahasa pilihan dalam keutamaan Bahasa & Rantau; anda boleh setkan Mac anda untuk menggunakan satu daripada bahasa tersebut.
Apabila anda memilih sumber input yang tidak sepadan dengan papan kekunci anda, kekunci yang anda lihat dan tekan pada papan kekunci anda mungkin berlainan daripada aksara yang dipaparkan apabila anda menaip. Untuk melihat kekunci yang mana untuk ditekan, gunakan Pemapar Papan Kekunci.
Petua: Untuk melihat tataletak papan kekunci dalam keutamaan Sumber Input dengan cepat, pilih bahasa di sebelah kiri, kemudian tekan kekunci Shift, Control, Option atau Command dan lihat paparan papan kekunci berubah di sebelah kanan.