Gunakan AirPods dengan Mac anda
Apabila AirPods anda berdekatan dan sedia untuk digunakan dengan Mac, anda boleh menggunakannya untuk mendengar muzik, menggunakan Siri atau menangani panggilan telefon. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang AirPods, lihat Panduan Pengguna AirPods.
Jika AirPods anda dipasangkan dengan iPhone anda
Jika anda telah menyambungkan AirPods anda dengan iPhone anda, ia sedia untuk digunakan dengan Mac anda (Mac anda mesti menyokong Handoff dan anda mesti didaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID sama).
Buka bekas AirPods.
Klik kawalan Bunyi dalam bar menu pada Mac anda, kemudian pilih AirPods.
Pasangkan AirPods anda dengan Mac anda
Jika AirPods anda tidak bersambung dengan iPhone, anda boleh sambungkannya terus dengan Mac anda.
Dengan AirPods anda di dalam bekas, buka penutupnya.
Tekan dan tahan butang persediaan di belakang bekas atau butang kawalan bunyi (pada AirPods Max sahaja) sehingga cahaya status berkelip putih.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bluetooth .
Pilih AirPods dalam senarai Peranti.
Jika AirPods anda menyokongnya, klik Dayakan supaya anda boleh menyebut “Hai Siri” untuk mula menggunakan Siri dengan AirPods anda.
Jika ditanya sama ada anda mahu meningkatkan Siri dan Perencanaan, lakukan satu daripada yang berikut:
Kongsi rakaman audio: Klik Kongsi Rakaman Audio untuk membenarkan Apple menyimpan audio interaksi Siri dan perencanaan anda daripada Mac ini. Apple mungkin menyemak sampel audio yang disimpan.
Jangan kongsi rakaman audio: Klik Bukan Sekarang.
Jika anda menukar fikiran anda kemudian dan mahu berkongsi atau berhenti berkongsi rakaman audio, pilih atau nyahpilih kotak semak Tingkatkan Siri & Perencanaan dalam bahagian Analitis & Peningkatan daripada keutamaan Privasi. Lihat Tukar keutamaan Privasi.
Nota: Anda boleh mengeluarkan rakaman audio daripada pelayan Apple pada bila-bila masa anda mahu—lihat Padam sejarah Siri dan Perencanaan.
Anda boleh mengeset keutamaan anda untuk menyambungkan AirPods anda secara automatik atau hanya apabila terakhir disambungkan ke Mac anda. Lihat Tukar apabila AirPods anda bersambung ke Mac anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan Audio Ruang pada Mac anda
Apabila anda mendengar audio yang disokong, AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro dan AirPods Max menggunakan Audio Ruang untuk mencipta pengalaman bunyi sekeliling yang mengasyikkan.
Nota: Audio Ruang dengan AirPods hanya tersedia pada Mac dengan Apple silicon.
Pastikan anda memakai AirPods (generasi ke-3), AirPods Pro atau AirPods Max anda dan ia disambungkan ke Mac anda.
Klik ikon AirPods dalam bar menu atau Bunyi dalam Pusat Kawalan.
Jika ikon AirPods tiada dalam bar menu, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi , kemudian pilih “Tunjukkan Bunyi dalam bar menu”.
Pilih satu daripada pilihan berikut di bawah Audio Ruang:
Nyahaktif: Menyahaktifkan Audio Ruang dan penjejakan kepala.
Ditetapkan: Mengaktifkan Audio Ruang tanpa penjejakan kepala.
Kepala Dijejak: Mengaktifkan Audio Ruang dan penjejakan kepala. Dengan penjejakan kepala dinamik, anda mendengar saluran bunyi sekeliling di tempat yang betul, walaupun semasa anda memalingkan kepada anda atau mengalihkan komputer anda.
Jika anda tidak mahu Audio Ruang mengikut pergerakan kepala, anda boleh menyahaktifkan pilihan tersebut dalam keutamaan kebolehcapaian Audio.
Tukar mod kawalan bunyi pada AirPods daripada Mac anda
Tukar antara mod pembatalan bunyi dan ketelusan semasa mendengar audio daripada Mac anda pada AirPods Pro atau AirPods Max.
Klik ikon AirPods dalam bar menu atau Bunyi dalam Pusat Kawalan, kemudian pilih satu daripada yang berikut:
Pembatalan Hingar: Menyekat bunyi luar.
Ketelusan: Benarkan anda mendengar bunyi di sekeliling anda.
Nyahaktif: Menyahaktifkan kedua-dua pembatalan bunyi dan ketelusan.
Jika ikon AirPods tiada dalam bar menu, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi , kemudian pilih “Tunjukkan Bunyi dalam bar menu”.
Petua: Jika AirPods anda menyokongnya, anda boleh mengaktifkan Siri dengan suara anda dengan menyebut “Hai Siri”. Buka keutamaan Siri dan pastikan “Dengar untuk ‘Hai Siri’ pada AirPods” diaktifkan. Lihat Tukar keutamaan Siri.