Gunakan AirPods dengan Mac anda
Apabila AirPods anda berdekatan dan sedia untuk digunakan dengan Mac, anda boleh menggunakannya untuk mendengar muzik, menggunakan Siri atau menangani panggilan telefon.
Jika AirPods anda bersambung dengan iPhone anda
Jika anda telah menyambungkan AirPods anda dengan iPhone anda, ia sedia untuk digunakan dengan Mac anda (Mac anda mesti menyokong Handoff dan anda mesti didaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID sama).
Buka bekas AirPods, klik kawalan Kelantangan dalam bar menu pada Mac anda, kemudian pilih AirPods.
Sambungkan AirPods anda dengan Mac anda
Jika AirPods anda tidak bersambung dengan iPhone, anda boleh sambungkannya terus dengan Mac anda.
Dengan AirPods anda di dalam bekas, buka penutupnya.
Tekan dan tahan butang persediaan di belakang bekas sehingga lampu status berkelip putih.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Bluetooth.
Pilih AirPods dalam senarai Peranti, kemudian klik Sambung.
Untuk menggunakan Siri atau menangani panggilan telefon, dwiketik satu daripada AirPods (anda hanya perlu memakai satu). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke tapak web Sokongan AirPods.
Petua: Jika AirPods anda menyokongnya, sebut “Hai Siri”. Jika Siri tidak bertindak balas, buka keutamaan Siri dan pastikan Dengar untuk “Hai Siri” pada AirPods diaktifkan. Lihat Tukar keutamaan Siri.