Lihat seting Skrin Aktif dalam Masa Skrin pada Mac
Gunakan seting Skrin Aktif dalam Masa Skrin untuk melihat statistik tentang kekerapan anda membangunkan peranti anda dan app pertama yang anda gunakan selepas membangunkan peranti.
Untuk melihat statistik skrin aktif peranti pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Klik menu timbul Ahli Keluarga dan pilih ahli keluarga (jika anda ialah ibu bapa/penjaga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga), kemudian klik Skrin Aktif.
Jika anda tidak melihat Skrin Aktif, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin untuk ahli keluarga yang dipilih.
Buka seting Skrin Aktif untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Peranti | Gunakan menu timbul Peranti untuk memilih peranti yang anda mahu paparkan statistik.
Pilihan ini tersedia jika anda atau ahli keluarga mengesetkan Masa Skrin pada berbilang peranti. | ||||||||||
Tarikh | Gunakan butang Hari Ini, butang anak panah kiri atau kanan dan menu timbul Tarikh untuk memilih hari atau minggu yang anda mahu memaparkan statistik.
| ||||||||||
Carta | Bar mewakili kekerapan anda membangunkan peranti anda. | ||||||||||
App | Lihat statistik untuk satu app atau semua app digabungkan.
|