Sediakan Fokus pada Mac
Apabila anda perlu kekal pada tugas dan meminimumkan gangguan perhatian, gunakan Fokus. Anda boleh menggunakan Fokus untuk menjeda dan menyenyapkan semua pemberitahuan atau membenarkan hanya pemberitahuan tertentu—sebagai contoh, pemberitahuan daripada rakan sekerja tentang projek yang penting. Anda juga boleh berkongsi bahawa anda menyenyapkan pemberitahuan supaya kenalan tahu anda sibuk.
Petua: Perlu untuk menyenyapkan semua pemberitahuan dengan cepat? Aktifkan Fokus Jangan Ganggu dalam Pusat Kawalan.
Tambah atau keluarkan Fokus
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan & Fokus .
Klik Fokus, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah Fokus disediakan: Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai Fokus, kemudian pilih Fokus, seperti Permainan atau Kerja.
Cipta Fokus tersuai: Klik butang Tambah di bahagian bawah senarai Fokus, kemudian pilih Tersuai. Masukkan nama, pilih warna dan ikon, kemudian klik Tambah. Sebagai contoh, anda boleh mencipta Fokus Belajar. Anda boleh mencipta sehingga sepuluh.
Tukar Fokus tersuai: Pilih Fokus dalam senarai, kemudian klik Edit di bahagian bawah senarai Fokus. Tukar nama, warna atau ikon, kemudian klik Selesai.
Keluarkan Fokus: Pilih Fokus dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan di bahagian bawah senarai Fokus.
Fokus tersuai dipadamkan. Fokus yang disediakan, seperti Membaca dan Sedar Minda, dikeluarkan daripada senarai tetapi masih tersedia untuk ditambah semula kemudian.
Jika anda memastikan Fokus terkini merentas peranti Apple anda, perubahan yang anda buat pada Mac anda digambarkan pada peranti anda yang lain.
Pilih pemberitahuan untuk dibenarkan
Anda boleh menentukan pemberitahuan ditunjukkan apabila Fokus aktif—sebagai contoh, pemberitahuan daripada orang dan app tertentu, pemberitahuan sensitif masa, atau pemberitahuan untuk panggilan telefon yang diterima pada Mac anda.
Nota: Sesetengah app, seperti Kalendar, mempunyai pemberitahuan sensitif masa. Untuk memastikan anda menerima pemberitahuan ini, pilih pilihan untuk membenarkan pemberitahuan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan & Fokus .
Klik Fokus, kemudian pilih Fokus.
Dalam senarai Pemberitahuan Dibenarkan Daripada, lakukan mana-mana yang berikut:
Benarkan pemberitahuan daripada orang tertentu: Klik Orang, klik butang Tambah , kemudian pilih satu atau lebih kenalan. Sebagai contoh, untuk Fokus Permainan, anda boleh memilih rakan yang anda selalu bermain bersama dalam permainan berbilang pemain.
Untuk mengeluarkan orang daripada senarai, pilih orang, kemudian klik butang Keluarkan .
Benarkan pemberitahuan daripada app tertentu: Klik App, klik butang Tambah , kemudian pilih satu atau lebih app. Sebagai contoh, untuk Fokus Kerja, anda boleh membenarkan pemberitahuan hanya daripada app yang anda perlukan untuk melakukan kerja anda.
Untuk mengeluarkan app daripada senarai, pilih app, kemudian klik butang Keluarkan .
Benarkan pemberitahuan untuk peristiwa atau tugas yang memerlukan perhatian segera anda: Klik Pilihan, kemudian pilih “Benarkan pemberitahuan sensitif masa”. (Pastikan anda juga memilih pilihan yang membenarkan app untuk menghantar pemberitahuan ini dalam keutamaan Pemberitahuan).
Benarkan pemberitahuan untuk panggilan telefon: Klik Pilihan, pilih “Benarkan panggilan daripada”, kemudian klik menu timbul dan pilih pilihan. Anda boleh menerima pemberitahuan untuk panggilan daripada semua orang, hanya orang atau kumpulan tertentu dalam Kenalan, atau hanya orang dalam Kegemaran anda pada iPhone.
Benarkan pemberitahuan untuk panggilan telefon berulang: Klik Pilihan, kemudian pilih “Benarkan panggilan berulang” untuk menerima pemberitahuan daripada orang yang memanggil dua kali atau lebih dalam masa tiga minit.
Fokus Permainan disetkan secara lalai untuk diaktifkan apabila pengawal permainan Bluetooth disambungkan dengan Mac anda. Untuk menerima pemberitahuan apabila Fokus Permainan aktif, pastikan untuk menentukan orang atau app.
Jadualkan Fokus untuk diaktifkan atau dinyahaktifkan secara automatik
Anda boleh menjadualkan Fokus untuk diaktifkan atau dinyahaktifkan secara automatik pada masa tertentu, apabila anda tiba di atau bertolak dari lokasi tertentu, atau apabila anda membuka atau menutup app tertentu.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan & Fokus .
Klik Fokus, kemudian pilih Fokus.
Dalam senarai Aktifkan Secara Automatik, klik butang Tambah , kemudian pilih sama ada untuk menjadualkan fokus berdasarkan masa, lokasi, atau app.
Apabila anda menjadualkan Fokus berdasarkan lokasi, Fokus diaktifkan apabila anda tiba di lokasi dan dinyahaktifkan apabila anda bertolak.
Apabila anda menjadualkan Fokus berdasarkan app, Fokus diaktifkan apabila anda membuka app dan dinyahaktifkan apabila anda menutupnya.
Dalam tetingkap Automasi, pilih masa dan hari, cari lokasi, atau pilih app, kemudian klik Tambah.
Anda mesti mendayakan Lokasi Perkhidmatan dalam keutamaan Privasi untuk menggunakan lokasi. Fokus Permainan disetkan secara lalai untuk diaktifkan apabila pengawal permainan Bluetooth disambungkan dengan Mac anda.
Anda boleh menggunakan jenis automasi yang berbeza untuk Fokus; ia diaktifkan atau dinyahaktifkan secara automatik berdasarkan setiap automasi.
Jika anda mahu menukar automasi, Control-kliknya dalam senarai, kemudian pilih Edit. Untuk berhenti menggunakan automasi buat sementara, nyahpilih kotak semaknya dalam senarai. Untuk memadamkan automasi, pilihnya dalam senarai, kemudian klik butang Keluarkan .
Petua: Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus dengan cepat dalam Pusat Kawalan. Atau klik butang untuk Fokus yang terletak di bahagian atas keutamaan Fokus. Butang bertukar warna untuk menunjukkan yang Fokus sedang aktif.
Kongsi status Fokus anda
Anda boleh mengesetkan pilihan yang membolehkan app menentukan untuk menghubungi orang yang menghantar mesej kepada anda yang anda senyapkan pemberitahuan (mereka tidak melihat Fokus yang anda gunakan). Jika sesuatu adalah penting, mereka boleh memilih untuk memaklumkan anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan & Fokus .
Klik Fokus, kemudian pilih Fokus.
Pilih Kongsi Status Fokus.
Pastikan Fokus terkini merentas peranti Apple anda
Apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada semua peranti Apple anda, sebarang perubahan yang anda buat pada Fokus digambarkan pada peranti lain anda dan mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus pada satu peranti akan mengaktifkan atau menyahaktifkannya pada peranti anda yang lain.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Pemberitahuan & Fokus .
Klik Fokus, kemudian pilih “Kongsi merentas peranti” di bahagian bawah senarai Fokus. (Pilihan ini dipilih secara lalai.)