Apakah Perkongsian Keluarga pada Mac?
Dengan Perkongsian Keluarga, anda dan sehingga lima ahli keluarga lain boleh berkongsi langganan ke perkhidmatan Apple seperti Apple Music, Apple TV , iCloud , Apple Fitness , Apple News dan Apple Arcade. Kumpulan keluarga anda juga boleh berkongsi pembelian iTunes Store, Apple Books dan App Store, serta pelan storan iCloud. Anda juga boleh membantu mencari peranti satu sama lain yang hilang.
Seorang dewasa—pengelola keluarga—menyediakan Perkongsian Keluarga, menjemput sehingga lima ahli keluarga untuk menyertai kumpulan dan memilih ciri yang keluarga anda boleh kongsi. Apabila ahli keluarga menyertai, mereka mempunyai akses segera kepada kandungan dikongsi.
Setiap ahli keluarga memerlukan Apple ID dan mesti mendaftar masuk dengan Apple ID mereka untuk mengakses keutamaan Perkongsian Keluarga. Pengelola, ibu bapa, atau penjaga boleh menambah kanak-kanak ke kumpulan dan mencipta Apple ID untuk mereka.
Nota: Perkongsian Keluarga direka bentuk untuk digunakan oleh satu keluarga (dewasa dan kanak-kanak). Anda boleh menjadi sebahagian daripada satu kumpulan Perkongsian Keluarga sahaja pada satu masa.
Perkongsian Keluarga tersedia pada komputer Mac (OS X 10.10 atau lebih baharu), peranti iOS (iOS 8 atau lebih baharu), peranti iPadOS dan komputer Windows dengan iCloud untuk Windows (Windows 7 atau lebih baharu diperlukan).
Untuk bermula, lihat Sediakan Perkongsian Keluarga.