Bermula dengan Apple Intelligence pada Mac
Apple Intelligence ialah sistem kecerdasan peribadi yang terbina dalam macOS Sequoia. Ia menggabungkan kuasa model generatif dengan pemahaman tentang konteks peribadi anda untuk memberikan kepintaran yang berguna dan berkaitan. Apple Intelligence direka bentuk untuk memahami dan mencipta bahasa serta imej; mengutamakan dan meringkaskan pemberitahuan, mel dan mesej; serta mencerap daripada maklumat peribadi pada peranti anda untuk meringkaskan dan mempercepatkan tugas harian. Serta semua ini dilakukan sementara melindungi privasi anda.
Peranti disokong: Apple Intelligence tersedia dalam macOS 15.1 atau lebih baharu pada model Mac dengan M1 atau lebih baharu.
Ketersediaan: Apple Intelligence tersedia dengan bahasa Siri dan peranti disetkan kepada Inggeris di kebanyakan rantau di serata dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Keperluan Apple Intelligence.
Cara bermula: Untuk bermula dengan Apple Intelligence pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Apple Intelligence & Siri , kemudian klik Dapatkan Apple Intelligence.
Nota: Apple Intelligence dalam beta pada masa ini. Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin tidak tepat, tidak dijangka atau menyinggung perasaan. Semak ketepatan maklumat penting.
Gunakan ciri Apple Intelligence baharu
Dan banyak lagi…
Lebih banyak ciri Apple Intelligence akan menjadi tersedia dalam bulan akan datang. Lihat Tapak web Apple Intelligence untuk mendapatkan butiran.
Untuk menyahaktifkan Apple Intelligence, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Apple Intelligence & Siri , kemudian klik butang di sebelah Apple Intelligence.