Gunakan papan kekunci dan tetikus atau trackpad merentas peranti dengan Kawalan Universal pada Mac
Dengan Kawalan Universal, anda boleh bekerja merentas sehingga tiga peranti (contohnya, Mac dan iPad) menggunakan papan kekunci tunggal dan tetikus atau trackpad. Anda juga boleh menyeret item antara peranti.
Untuk menggunakan Kawalan Universal, pastikan yang berikut:
Anda menggunakan model Mac dan iPad disokong.
Mac anda mempunyai macOS 12.3 atau lebih baharu dan iPad anda mempunyai iPadOS 15.4 atau lebih baharu.
Anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama dengan pengesahan dua faktor pada semua peranti anda.
Anda mempunyai Wi-Fi, Bluetooth dan Handoff diaktifkan dalam Keutamaan Sistem (pada Mac anda) dan dalam Seting (pada iPad anda).
Sambungkan Mac anda ke Mac lain atau iPad untuk menggunakan Kawalan Universal
Dengan Kawalan Universal, anda boleh mewujudkan sambungan antara Mac anda dan peranti berdekatan, kemudian menggunakan papan kekunci tunggal dan tetikus atau trackpad untuk bekerja merentas peranti.
Nota: Jika anda tidak menggunakan Kawalan Universal untuk tempoh tertentu, anda mungkin perlu mewujudkan sambungan lagi.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Pada Mac anda, gunakan tetikus atau trackpad anda untuk menggerakkan penuding ke pinggir kanan atau kiri skrin Mac. Apabila jidar kelihatan di pinggir skrin Mac, gerakkan penuding melepasi jidar, sehingga penuding kelihatan pada peranti lain.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Paparan , klik menu timbul Tambah Paparan, kemudian pilih peranti di bawah Pautkan Papan Kekunci dan Tetikus. Gunakan tetikus atau trackpad anda untuk menggerakkan penuding melepasi pinggir skrin Mac sehingga ia kelihatan pada peranti lain.
Pada Mac anda, klik Pusat Kawalan dalam bar menu, klik Paparan, kemudian pilih peranti di bawah Pautkan Papan Kekunci dan Tetikus. Gunakan tetikus atau trackpad anda untuk menggerakkan penuding melepasi pinggir skrin Mac sehingga ia kelihatan pada peranti lain.
Arah yang anda gerakkan penuding apabila mewujudkan sambungan menentukan sisi paparan yang anda gunakan untuk menyambungkan peranti anda. Anda boleh melaraskan ini dengan menukar susunan peranti dalam keutamaan Paparan. Klik imej paparan, kemudian seretnya ke kedudukan yang dikehendaki.
Anda boleh mengeset Mac anda untuk bersambung semula ke sebarang Mac atau iPad berdekatan secara automatik. Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Paparan , klik Kawalan Universal, kemudian pilih “Bersambung semula ke sebarang Mac atau iPad berdekatan secara automatik”.
Putuskan sambungan Mac anda daripada peranti lain
Selepas anda mewujudkan sambungan antara peranti menggunakan Kawalan Universal, sambungan kekal sehingga salah satu peranti tidur atau anda memutuskan sambungannya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Paparan .
Klik menu timbul Tambah Paparan, kemudian pilih peranti anda mahu putuskan sambungan.
Nyahaktifkan Kawalan Universal
Anda boleh menyahaktifkan Kawalan Universal bagi menghalang Mac anda daripada bersambung ke peranti lain untuk menggunakan papan kekunci dan tetikus atau trackpad.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Paparan .
Klik Kawalan Universal, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Nyahaktifkan semua sambungan Kawalan Universal: Nyahpilih kotak semak “Benarkan penuding dan papan kekunci anda beralih antara sebarang Mac atau iPad berdekatan”.
Halang sambungan apabila menggerakkan penuding ke pinggir skrin: Nyahpilih kotak semak “Tolak melepasi pinggir paparan untuk bersambung ke Mac atau iPad berdekatan”.
Anda boleh mengeset pilihan untuk menyahdayakan Kawalan Universal buat sementara apabila anda zum masuk pada skrin Mac anda, supaya lebih mudah untuk zum masuk di sepanjang pinggir skrin. Lihat Tukar pilihan lanjutan Zum untuk kebolehcapaian pada Mac.