Maklumat pengendalian penting untuk iPhone
Pembersihan Bersihkan iPhone serta-merta jika ia terkena apa-apa sahaja yang mungkin menyebabkan kekotoran atau kerosakan lain—sebagai contoh, tanah atau pasir, dakwat, alat solek, sabun, peluntur, bahan cuci, asid atau makanan berasid, atau losyen. Untuk membersihkan:
Nyahsambung semua kabel dan nyahaktifkan iPhone dengan menekan dan menahan butang sisi atau butang Tidur/Bangun (bergantung pada model anda), kemudian menyeret gelangsar.
Gunakan kain bebas lin yang lembut dan lembap—sebagai contoh, kain untuk lensa.
Elakkan daripada mendedahkan bukaan terhadap kelembapan.
Jangan gunakan produk pembersihan atau udara mampat.
iPhone mempunyai salutan oleofobik kalis cap jari (pencegah minyak). Salutan ini haus mengikut masa dengan penggunaan normal. Produk pembersihan dan bahan pelelas akan mengurangkan lagi lapisan dan boleh mencalarkan iPhone.
Pendedahan terhadap cecair dan debu Jika cecair terpercik atau debu terkena pada iPhone, lapkannya dengan kain bebas lin yang lembut (sebagai contoh, kain lensa) dan pastikan iPhone anda kering dan bebas daripada debu sebelum membuka dulang SIM. Minimumkan pendedahan iPhone ke sabun, pencuci, asid atau makanan berasid dan sebarang cecair—sebagai contoh, air garam, air sabun, air kolam, pewangi, penghalau serangga, losyen, pelindung matahari, minyak, penanggal pelekat, pewarna rambut dan pelarut. Jika iPhone terkena sebarang bahan ini, ikuti arahan di atas dalam bahagian Pembersihan.
Model disokong adalah tahan percikan, air dan debu dan diuji dalam keadaan makmal terkawal dengan penilaian sama ada IP68 atau IP67 di bawah piawai IEC 60529. Ketahanan percikan, air dan debu bukanlah keadaan yang kekal dan ketahanan mungkin menurun sebagai hasil penggunaan normal. Kerosakan cecair tidak dilindungi oleh waranti. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal ketahanan percikan, air dan debu iPhone 7 dan lebih baru. Untuk mengelakkan kerosakan cecair pada iPhone, elakkan yang berikut:
Berenang atau mandi dengan iPhone
Mendedahkan iPhone terhadap tekanan air atau air kelajuan tinggi, seperti apabila mandi, meluncur air, wake board, meluncur, meluncur jet dan sebagainya
Menggunakan iPhone dalam bilik sauna atau stim
Merendamkan iPhone dalam air dengan sengaja
Mengendalikan iPhone di luar julat suhu dicadangkan atau dalam keadaan lembap yang ekstrem
Menjatuhkan iPhone atau mendedahkannya ke hentaman lain
Menceraikan iPhone, termasuk mengeluarkan skru
Jika iPhone anda telah didedahkan terhadap cecair, cabut semua kabel dan jangan cas peranti anda sehingga ia kering sepenuhnya. Menggunakan aksesori atau mengecas apabila basah mungkin merosakkkan iPhone anda. Benarkan sekurang-kurangnya 5 jam sebelum mengecas atau menyambungkan aksesori Lightning.
Untuk mengeringkan iPhone, ketuknya dengan perlahan ke tangan anda dengan penyambung Lightning menghadap bawah untuk mengeluarkan cecair berlebihan. Letakkan peranti di kawasan yang kering dengan pengaliran udara yang mencukupi. Meletakkan peranti di hadapan kipas yang meniup udara sejuk ke penyambung Lightning mungkin membantu proses pengeringan.
Jangan keringkan iPhone anda menggunakan sumber haba luaran atau memasukkan objek asing ke dalam penyambung Lightning seperti pengesat kapas atau kertas tisu.
Menggunakan penyambung, port dan butang Jangan paksa penyambung ke dalam port atau menggunakan tekanan berlebihan pada butang, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan yang tidak diliputi waranti. Jika penyambung dan port tidak bersambung dengan kemudahan munasabah, mereka mungkin tidak sepadan. Semak untuk halangan dan pastikan penyambung bersepadan dengan port dan anda telah letakkan penyambung dengan betul dalam sambungan kepada port.
Kabel Lightning ke USB Pudaran warna penyambung Lightning selepas penggunaan biasa ialah normal. Kotoran, serpihan dan pendedahan kepada kelembapan mungkin menyebabkan pudaran warna. Jika kabel atau penyambung Lightning anda menjadi panas sewaktu penggunaan atau iPhone tidak mengecas atau menyelaras, tanggalkan daripada komputer anda atau penyesuai kuasa dan bersihkan penyambung Lightning dengan kain bebas lin yang lembut. Jangan gunakan cecair atau bahan pencuci apabila membersihkan penyambung Lightning.
Corak penggunaan tertentu dapat menyumbang kepada kabel berbulu atau pecah. Kabel Lightning ke USB, seperti sebarang dawai atau kabel logam, tertakluk kepada menjadi lemah atau rapuh jika dibengkokkan secara berulang kali di tempat yang sama. Sasarkan untuk lengkungan lembut disebalik sudut dalam kabel. Periksa dengan kerap kabel dan penyambung untuk sebarang pintalan, pecahan, bengkok, atau kerosakan lain. Jika anda menemui sebarang kerosakan sedemikian, hentikan penggunaan Kabel Lightning ke USB.
Suhu pengendalian iPhone direka bentuk untuk berfungsi dalam suhu ambien antara 32° dan 95° F (0° dan 35° C) dan disimpan dalam suhu antara -4° dan 113° F (-20° dan 45° C). iPhone boleh rosak atau hayat bateri menjadi pendek jika disimpan atau dikendalikan di luar julat suhu ini. Elakkan mendedahkan iPhone kepada perubahan suhu atau kelembapan yang ketara. Apabila anda menggunakan iPhone atau mengecas bateri, adalah biasa bagi iPhone menjadi panas.
Jika suhu dalaman iPhone melebihi suhu pengendalian biasa (contohnya, dalam kereta yang panas atau dalam cahaya matahari langsung untuk tempoh yang berpanjangan), anda mungkin mengalami yang berikut apabila ia cuba melaraskan suhunya:
iPhone berhenti mengecas.
Skrin menjadi malap.
Skrin amaran suhu muncul.
Beberapa app mungkin tutup.
Penting: Anda mungkin tidak dapat menggunakan iPhone semasa skrin amaran suhu dipaparkan. Jika iPhone tidak dapat mengawal suhu dalamannya, ia akan memasuki mod tidur lampau sehingga ia menjadi sejuk. Alihkan iPhone ke lokasi yang lebih sejuk menjauhi cahaya matahari langsung dan tunggu selama beberapa minit sebelum cuba menggunakan iPhone sekali lagi.
Lihat artikel Sokongan Apple Memastikan iPhone, iPad dan iPod touch berada dalam suhu operasi yang boleh diterima.