Sandarkan iPhone
Anda boleh menyandarkan iPhone menggunakan iCloud atau komputer anda. Untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk anda, lihat Perihal sandaran untuk peranti iOS.
Petua: Jika anda menukar iPhone, anda boleh gunakan sandarannya untuk memindahkan maklumat anda ke peranti baru. Lihat Pulihkan semua kandungan ke iPhone daripada sandaran.
Sandarkan iPhone menggunakan iCloud
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Aktifkan Sandaran iCloud. iCloud menyandarkan iPhone anda setiap hari secara automatik apabila iPhone bersambung ke kuasa, dikunci dan bersambung ke Wi-Fi.
Untuk melakukan sandaran manual, ketik Sandarkan Sekarang.
Untuk melihat sandaran iCloud anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Urus Storan > Sandaran. Untuk memadam sandaran, pilih sandaran daripada senarai, kemudian ketik Padam Sandaran.
Sandarkan iPhone menggunakan Mac anda
Dalam bar sisi Finder pada Mac anda, pilih iPhone anda.
Nota: Untuk menggunakan Finder bagi menyandarkan iPhone anda, macOS Catalina diperlukan. Dengan versi macOS yang lebih awal, gunakan iTunes untuk menyandarkan iPhone.
Di bahagian atas tetingkap Finder, klik Umum.
Pilih “Sandarkan semua data pada iPhone anda ke Mac ini”.
Untuk menyulitkan data sandaran anda dan melindunginya dengan kata laluan, pilih “Sulitkan sandaran setempat”.
Klik Sandarkan Sekarang.
Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPhone ke komputer anda secara wayarles jika anda menyediakan penyelarasan Wi-Fi.
Sandarkan iPhone menggunakan Windows PC anda
Dalam app iTunes pada PC anda, klik butang iPhone berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Klik Ringkasan
Klik Sandarkan Sekarang (di bawah Sandaran).
Untuk menyulitkan sandaran anda, pilih “Sulitkan sandaran setempat”, taipkan kata laluan, kemudian klik Setkan Kata Laluan.
Untuk melihat sandaran yang disimpan pada komputer anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Peranti. Sandaran yang disulitkan mempunyai ikon kunci dalam senarai sandaran.
Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPhone ke komputer anda secara wayarles jika anda menyediakan penyelarasan Wi-Fi.