Lihat peta pada iPhone
Dalam app Peta , anda boleh mencari lokasi anda pada peta dan zum masuk dan keluar untuk melihat butiran yang anda perlukan.
Pada model disokong dan di bandar terpilih, Peta memberikan butiran dipertingkat untuk ketinggian, jalan, pokok, bangunan, tanda tempat dan banyak lagi. (Untuk ketersediaan, lihat Pengalaman Bandar Terperinci pada Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.)
AMARAN: Untuk maklumat penting tentang navigasi dan mengelakkan gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.
Benarkan Peta untuk menggunakan lokasi tepat anda
Untuk mencari lokasi anda dan menyediakan arah yang tepat, iPhone mesti disambungkan ke internet dan Lokasi Tepat mesti diaktifkan.
Jika Peta memaparkan mesej bahawa Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan: Ketik mesej, ketik Aktifkan dalam Seting, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi.
Jika Peta memaparkan mesej bahawa Lokasi Tepat dinyahaktifkan: Ketik mesej, ketik Aktifkan dalam Seting, ketik Lokasi, kemudian aktifkan Lokasi Tepat.
Kadar data selular mungkin dikenakan (lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone).
Nota: Untuk mendapatkan maklumat berkaitan lokasi yang berguna dalam Peta, biarkan Lokasi Penting diaktifkan dalam Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem. Lihat Cari tarikan, restoran dan perkhidmatan berdekatan dalam Peta pada iPhone.
Tunjukkan lokasi semasa anda
Ketik butang .
Kedudukan anda ditandakan di tengah peta. Bahagian atas peta ialah utara. Untuk menunjukkan arah anda berbanding utara di bahagian atas, ketik . Untuk terus menunjukkan utara, ketik atau .
Lihat Cari tempat dalam Peta pada iPhone untuk menavigasi dari lokasi semasa anda ke lokasi lain.
Pilih peta yang betul
Butang di bahagian kanan atas peta menunjukkan jika peta semasa digunakan untuk meneroka , memandu , menaiki transit , atau melihat daripada satelit . Untuk memilih peta yang berbeza, lakukan yang berikut:
Ketik butang di bahagian atas kanan.
Pilih jenis peta yang berbeza, kemudian ketik .
Anda boleh mendapatkan arah memandu, berbasikal, berjalan dan transit atau mendapatkan info trafik dan cuaca dalam Peta.
Lihat peta 3D
Pada peta 2D, lakukan salah satu daripada berikut:
Seret dua jari ke atas.
Pada peta Satelit, ketik 3D berdekatan bahagian kanan atas.
Pada model disokong dan di bandar terpilih, ketik 3D berdekatan bahagian kanan atas. (Lihat Pengalaman Bandar Terperinci pada Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.)
Pada peta 3D, anda boleh melakukan yang berikut:
Laraskan sudut: Seret dua jari ke atas atau bawah.
Lihat bangunan dan ciri-ciri kecil lain dalam 3D: Zum masuk.
Kembali ke peta 2D: Ketik 2D berhampiran bahagian kanan atas.
Anda juga boleh mengambil lawatan Flyover atau melihat di sekeliling tempat.
Gerak, zum, atau putarkan peta atau glob 3D
Bergerak dalam peta: Seret peta.
Zum masuk atau keluar: Dwiketik (biarkan jari anda pada skrin selepas ketikan kedua), kemudian seret ke atas untuk mengezum masuk atau seret ke bawah untuk mengezum keluar. Atau cubit buka atau tutup pada peta.
Pada peta 2D, skala kelihatan di penjuru kiri atas semasa anda mengezum keluar. Untuk menukar unit, pergi ke Seting > Umum > Bahasa & Rantau > Sistem Ukuran, kemudian pilih pilihan.
Putarkan peta: Sentuh dan tahan peta dengan dua jari, kemudian putar jari anda.
Untuk menunjukkan utara di bahagian atas skrin selepas anda memutarkan peta, ketik .
Lihat bumi dengan glob 3D interaktif: Zum keluar sehingga peta bertukar menjadi glob. Seret glob untuk memutarnya, atau zum masuk atau keluar untuk meneroka butiran untuk banjaran gunung, gurun, lautan dan banyak lagi (model disokong).
Laporkan isu dengan Peta
Jika anda perasan sesuatu hilang dalam Peta—alamat, perniagaan, perhentian transit, atau ciri lain—anda boleh menambahnya. Anda juga boleh melaporkan jenis isu lain seperti langkah yang salah dalam arah atau perniagaan yang telah ditutup.
Buka app Peta pada iPhone anda.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Sentuh dan tahan peta sehingga penanda pin muncul, ketik Lagi (di sebelah kanan kad tempat), kemudian ketik Lapor Sesuatu Hilang.
Ketik gambar atau parap anda di sebelah medan carian, ketik Laporan, kemudian ketik Laporkan Isu Baharu.
Pilih pilihan, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Untuk menukar alamat yang digunakan untuk rumah atau kerja anda, lihat Tambah atau edit maklumat hubungan dan foto anda pada iPhone.
Jika anda mempunyai perniagaan (besar atau kecil), anda boleh menggunakan Apple Business Connect untuk membantu pelanggan anda mencarinya dalam Peta, Apple Wallet, Siri dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut tentang Apple Business Connect.
Ciri Peta berbeza mengikut rantau dan negara.
Nota: Apple komited untuk memastikan maklumat peribadi tentang lokasi anda selamat dan peribadi. Baca lebih lanjut tentang komitmen Apple: pergi ke Seting > Peta, kemudian ketik Perihal Peta Apple & Privasi. Anda juga boleh mengosongkan sejarah lokasi anda atau memadamkan arah terbaru.