Langgan ke Apple Music pada iPad
Apple Music ialah perkhidmatan strim muzik tanpa iklan yang membolehkan anda mendengar berjuta-juta lagu dan pustaka muzik anda. Sebagai pelanggan, anda boleh mendengar bila-bila masa—dalam atau luar talian—dan cipta senarai main anda sendiri, dapatkan pengesyoran yang diperibadikan, lihat muzik yang rakan anda sedang dengar, tonton kandungan video eksklusif dan banyak lagi.
Nota: Ciri Apple Music mungkin berbeza mengikut negara atau rantau. Ketahui perkara yang tersedia dalam negara atau rantau anda.
Sertai Apple Music
Sertai Apple Music apabila anda membuka app Muzik untuk kali pertama ; untuk menyertai kemudian, pergi ke Seting
> Muzik, kemudian ketik Mulakan Percubaan Percuma. Terdapat tiga pelan langganan:
Langganan individu: Dapatkan akses ke katalog penuh Apple Music, pengesyoran pakar dan stesen radio atas permintaan.
Langganan keluarga: Sehingga enam orang boleh menikmati akses tanpa had ke Apple Music pada peranti mereka.
Langganan pelajar: Dapatkan akses penuh ke Apple Music, pada harga yang direka untuk pelajar.
Jika anda pelajar di sekolah yang berkelayakan, anda boleh menyertai Apple Music pada harga diskaun langganan sehingga 48 bulan (4 tahun). Masanya tidak semestinya berterusan. Langganan pelajar tidak tersedia di semua lokasi (lihat lokasi ia tersedia).
Pelanggan baru boleh mulakan percubaan dan batalkan pada bila-bila masa. Jika anda tamatkan langganan Apple Music, anda tidak boleh menstrim lagu Apple Music atau memainkan lagu Apple Music yang anda muat turun.
Tunjukkan atau sembunyikan ciri langganan
Pergi ke Seting > Muzik, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan Apple Music.
Pilih pilihan data selular untuk Muzik
Pada iPad (model Wi-Fi Cellular), pergi ke Seting > Muzik > Data Selular, apabila anda boleh melakukan yang berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan penstriman.
Pilih Penstriman Kualiti Tinggi.
Penstriman Kualiti Tinggi menggunakan lebih banyak data selular dan lagu mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mula bermain.
Benarkan muat turun muzik menerusi selular.
Edit langganan anda
Anda boleh menukar pelan langganan atau membatalkan langganan anda.
Ketik Untukmu, kemudian ketik
atau gambar profil anda.
Ketik Uruskan Langganan.
Jika anda bukan pelanggan, anda boleh menggunakan Muzik untuk mendengar muzik yang diselaraskan ke iPad daripada Mac atau Windows PC, main dan muat turun pembelian iTunes Store sebelumnya, serta mendengar Apple Music 1 secara percuma.