Pastikan Apple ID anda selamat pada iPad
Apple ID anda ialah akaun yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, iMessage, FaceTime dan banyak lagi. Akaun anda termasuk alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk serta butiran kenalan, bayaran dan keselamatan yang anda gunakan merentas perkhidmatan Apple. Apple mengamalkan amalan standard industri untuk melindungi Apple ID anda.
Amalan terbaik untuk memaksimumkan keselamatan Apple ID anda
Jangan benarkan orang lain menggunakan Apple ID anda, walaupun ahli keluarga.
Untuk berkongsi pembelian, langganan, kalendar keluarga dan banyak lagi tanpa berkongsi Apple ID, sediakan Perkongsian Keluarga.
Gunakan pengesahan dua faktor. Jika anda mencipta Apple ID anda pada peranti dengan iOS 13.4, iPadOS 13.4, macOS 10.15.4, atau lebih baharu, akaun anda menggunakan pengesahan dua faktor secara automatik. Jika sebelum ini anda mencipta akaun Apple ID tanpa pengesahan dua faktor, aktifkan pengesahan dua faktor.
Jangan berikan kata laluan, soalan keselamatan, kod pengesahan, kunci pemulihan, atau sebarang butiran keselamatan akaun anda kepada sesiapa sahaja. Apple tidak akan meminta maklumat ini kepada anda.
Apabila mengakses halaman akaun Apple ID anda dalam Safari atau pelayar web lain, cari ikon kunci dalam medan alamat untuk mengesahkan sesi anda disulitkan dan selamat.
Apabila menggunakan komputer awam, sentiasa daftar keluar apabila sesi anda selesai untuk menghalang orang lain daripada mengakses akaun anda.
Elakkan penipuan pancing data. Jangan klik pautan dalam e-mel atau mesej teks yang mencurigakan dan jangan memberikan maklumat peribadi pada sebarang tapak web yang anda tidak pasti sah. Lihat artikel Sokongan Apple Kenali dan elakkan mesej pancing data, panggilan telefon sokongan yang mencurigakan dan penipuan lain.
Jangan gunakan kata laluan anda dengan akaun dalam talian lain.
Jika satu daripada peranti anda hilang atau dicuri, aktifkan Mod Hilang secepat mungkin untuk peranti tersebut. (Anda boleh melakukan ini pada peranti rakan dan tidak perlu menggunakan peranti anda sendiri.)
Tambah Kenalan Pemulihan Akaun
Pilih satu atau lebih orang yang anda percayai sebagai Kenalan Pemulihan Akaun untuk membantu anda mereset Apple ID dan kata laluan anda serta mendapatkan semua akses ke akaun anda jika anda terlupa kata laluan anda atau disekat masuk.
Pergi ke Seting > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan > Pemulihan Akaun, ketik Tambah Kenalan Pemulihan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pergi ke Seting > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan, kemudian ketik “Ketahui lebih lanjut” di bawah Tambah Kenalan Pemulihan.
Tambah Kenalan Legasi
Program Legasi Digital membolehkan anda memperuntukkan orang sebagai Kenalan Legasi supaya mereka boleh mengakses akaun Apple ID anda sekiranya anda meninggal dunia.
Pergi ke Seting >[nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan > Kenalan Legasi, ketik Tambah Kenalan Legasi, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara berkongsi kunci akses dengan kenalan legasi, cara untuk mengeluarkan kenalan legasi dan cara kenalan legasi anda boleh meminta akses ke akaun anda, lihat artikel Sokongan Apple Cara menambah Kenalan Legasi untuk Apple ID anda. Lihat juga artikel Sokongan Apple Data yang Kenalan Legasi boleh akses.
Janakan kunci pemulihan untuk akaun anda
Untuk kawalan tambahan terhadap keselamatan akaun, anda mempunyai pilihan untuk menjana kunci pemulihan yang membantu anda mereset kata laluan akaun anda atau mendapatkan semula akses ke Apple ID anda. Kunci pemulihan ialah kod 28 aksara dijana secara rawak yang anda seharusnya simpan di tempat yang selamat. Anda boleh mereset kata laluan akaun anda dengan memasukkan kunci pemulihan anda atau menggunakan peranti lain yang telah didaftar masuk dengan Apple ID anda. Untuk memastikan anda mempunyai akses ke akaun, anda bertanggungjawab untuk mengekalkan akses ke kunci pemulihan dan peranti dipercayai anda.
Lihat artikel Sokongan Apple Cara menjana kunci pemulihan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amalan terbaik, lihat artikel Sokongan Apple Keselamatan dan Apple ID anda.
Untuk menyediakan atau mengurus Apple ID anda, pergi ke Tapak web Apple ID.
Jika anda terlupa Apple ID atau kata laluan anda, lihat Tapak web pulihkan Apple ID anda.