Gunakan AssistiveTouch pada iPad
AssistiveTouch membantu anda untuk menggunakan iPad jika anda menghadapi kesukaran menyentuh skrin atau menekan butang. Anda boleh menggunakan AssistiveTouch tanpa sebarang aksesori untuk melaksanakan tindakan atau gerak isyarat yang sukar buat anda. Anda juga boleh menggunakan aksesori penyesuaian yang serasi (seperti kayu bedik) bersama-sama AssistiveTouch untuk mengawal iPad.
Dengan AssistiveTouch, anda boleh menggunakan ketikan mudah (atau yang sama pada aksesori anda) untuk melaksanakan tindakan seperti yang berikut:
Buka menu AssistiveTouch
Pergi ke skrin Utama
Dwiketik
Lakukan gerak isyarat berbilang jari
Lakukan gerak isyarat skrol (iPadOS 13.3 atau lebih baru)
Panggil Siri
Akses Pusat Kawalan, pemberitahuan, skrin Kunci, atau Penukar App
Laraskan kelantangan pada iPad
Goncang iPad
Ambil gambar skrin
Gunakan Apple Pay
Sebut skrin
Laraskan seting inap (iPadOS 13.3 atau lebih baru)
Control Analytics
Mulakan semula iPad
Sediakan AssistiveTouch
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Aktifkan AssistiveTouch” atau “Nyahaktifkan AssistiveTouch.” Ketahui cara meminta Siri.
Atau lakukan yang berikut:
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Sentuhan > AssistiveTouch.
Aktifkan AssistiveTouch.
Untuk menyesuaikan AssistiveTouch, ketik mana-mana yang berikut:
Sesuaikan Menu Peringkat Atas: Ketik ikon untuk menukar tindakan. Ketik atau untuk menukar bilangan ikon dalam menu. Menu boleh mempunyai sehingga lapan ikon.
Satu Ketik, Dwiketik, atau Tekan Lama: Tetapkan tindakan tersuai yang berjalan apabila anda berinteraksi dengan butang menu.
Cipta Gerak Isyarat Baru: Tambahkan gerak isyarat kegemaran anda.
Kelegapan Melahu: Laraskan keterlihatan butang menu apabila tidak digunakan.
Petua: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan AssistiveTouch dengan cepat, klik tiga kali butang atas atau klik tiga kali butang Utama.
Tambah peranti penuding
Anda boleh menyambungkan peranti penuding bantuan Bluetooth dan USB, seperti peranti trackpad, kayu bedik dan tetikus.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Sentuhan > AssistiveTouch.
Aktifkan AssistiveTouch.
Di bawah Peranti Penuding, ketik mana-mana yang berikut:
Peranti: Pasangkan atau nyahpasangkan peranti dan sesuaikan butang.
Kekunci Tetikus: Benarkan penuding AssistiveTouch dikawal menggunakan pad nombor papan kekunci.
Gaya Penuding: Laraskan saiz, warna dan sembunyikan auto seting.
Tunjuk Kekunci Atas Skrin: Paparkan papan kekunci atas skrin.
Sentiasa Tunjukkan Menu Menunjukkan menu AssistiveTouch apabila peranti penuding disambungkan.
Kelajuan penjejakan: Seret gelangsar untuk melaraskan kelajuan.
Kunci Seret: Aktifkan untuk mendayakan penyeretan.
Sorot Zum: Pilih Berterusan, Dipusatkan, atau Pinggir.
Kawalan Inap: Aktifkan untuk melaksanakan tindakan inap apabila kursor dipegang pegun. Untuk melaraskan jumlah masa yang diperlukan untuk memulakan tindakan inap, ketik atau .
Tindakan Pengembalian: (iPadOS 13.3 atau lebih baru) Aktifkan untuk menukar tindakan inap pada tindakan pengembalian dipilih selepas melaksanakan operasi.
Toleransi Pergerakan: Laraskan jarak yang anda boleh gerakkan semasa inap pada item.
Sudut Pantas: (iPadOS 13.3 atau lebih baru) Laksanakan tindakan dipilih—seperti mengambil gambar skrin, membuka Pusat Kawalan, memanggil Siri, menskrol, atau menggunakan pintasan—apabila kursor inap di penjuru skrin.
Alihkan butang menu AssistiveTouch
Seret butang menu ke lokasi baru pada skrin.
Gunakan AssistiveTouch
Ketik butang menu, kemudian pilih tindakan atau gerak isyarat.
Untuk gerak isyarat berbilang jari, lakukan yang berikut:
Cubit: Ketik Tersuai, kemudian ketik Cubit. Apabila bulatan cubit muncul, sentuh di mana-mana pada skrin untuk menggerakkan bulatan cubit, kemudian seretnya ke dalam atau luar untuk menjalankan gerak isyarat cubit. Apabila anda selesai, tekan butang menu.
Leret atau seret berbilang jari: Ketik Peranti > Lagi > Gerak Isyarat, kemudian ketik bilangan digit yang diperlukan untuk gerak isyarat. Apabila bulatan muncul pada skrin, leret atau seret mengikut arah yang diperlukan oleh gerak isyarat. Apabila anda selesai, tekan butang menu.
Untuk kembali ke menu sebelumnya, ketik anak panah di bahagian tengah menu. Untuk keluar daripada menu tanpa melakukan gerak isyarat: Ketik mana-mana di luar menu.
Cipta gerak isyarat tersuai
Anda boleh menambahkan gerak isyarat kegemaran anda (seperti sentuh dan tahan atau putaran dua jari) kepada menu AssistiveTouch. Anda juga boleh mencipta beberapa gerak isyarat dengan sudut putaran yang berbeza.
Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Sentuhan > AssistiveTouch > Cipta Gerak Isyarat Baru.
Laksanakan gerak isyarat anda pada skrin rakaman. Contohnya:
Gerak isyarat sentuh dan tahan: Sentuh dan tahan jari anda dalam satu tempat sehingga bar kemajuan rakaman mencapai separuh, kemudian angkat jari anda. Berhati-hati agar tidak menggerakkan jari anda semasa rakaman, jika tidak, gerak isyarat akan dirakamkan sebagai seretan.
Gerak isyarat putaran dua jari: Putarkan dua jari pada skrin iPad di sekeliling titik antaranya. (Anda boleh melakukan ini dengan satu jari atau stilus—cuma cipta setiap lengkungan secara berasingan, satu demi satu.)
Jika anda merakam jujukan ketikan atau seretan, semuanya akan dimain balik pada masa yang sama. Contohnya, menggunakan satu jari atau stilus untuk merakam empat ketikan berjujukan yang berasingan di empat lokasi atas skrin akan mencipta ketik empat jari serentak.
Jika gerak isyarat anda tidak menjadi, ketik Batal, kemudian cuba lagi.
Apabila anda berpuas hati dengan gerak isyarat anda, ketik Simpan, kemudian namakan gerak isyarat.
Untuk menggunakan gerak isyarat tersuai anda, ketik butang menu AssistiveTouch, ketik Tersuai, kemudian pilih gerak isyarat. Apabila bulatan biru mewakili gerak isyarat anda muncul, seretnya ke tempat yang anda mahu menggunakan gerak isyarat, kemudian lepaskan.