Lihat apa yang rakan anda sedang dengar
Apabila anda menjadi pelanggan Apple Music, anda boleh melihat muzik yang didengari rakan anda dengan mengikuti mereka. Anda juga boleh melihat senarai main yang mereka kongsikan dan muzik yang paling kerap mereka dengari. Begitu juga pengikut anda boleh melihat senarai dikongsi anda dan muzik yang paling kerap anda dengari. Anda melihat kebanyakan maklumat ini pada skrin profil anda dalam app Muzik .
Cipta profil
Apabila anda membuka Muzik kali pertama, anda diminta untuk menyediakan profil dan mula mengikuti rakan. Jika anda melangkau langkah itu, anda boleh menyediakan profil kemudian pada bila-bila masa.
Ketik Untukmu, kemudian ketik .
Ketik Mula Berkongsi dengan Rakan.
Rakan kini boleh mengikuti anda.
Lihat profil anda
Ketik Untukmu, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil di bahagian atas skrin.
Ikuti rakan anda
Terdapat beberapa cara untuk mengikuti orang:
Tambah rakan apabila anda menyediakan profil anda.
Selepas anda menyediakan profil anda, leret ke bahagian bawah skrin profil, ketik Ikuti Lebih Ramai Rakan, kemudian ketik Ikuti bersebelahan mereka yang anda mahu ikuti.
Anda boleh mengikuti rakan yang berada dalam senarai kenalan anda dan yang menggunakan Apple Music serta rakan Facebook yang memautkan akaun media sosial mereka ke Apple Music.
Pada skrin profil, sentuh dan tahan gambar profil, kemudian ketik Ikut.
Ketik Cari, masukkan nama rakan, ketiknya dalam hasil, kemudian ketik Ikut.
Nota: Rakan anda mesti mempunyai profil untuk anda mencari mereka menggunakan carian.
Untuk melihat orang yang anda ikut dan orang yang mengikuti anda, buka skrin profil, kemudian leret ke atas.
Sesetengah profil mungkin muncul dengan kunci pada gambar profil, yang bermakna anda perlu meminta dan menerima keizinan daripada orang itu untuk menjadi pengikut. Selepas permintaan anda diterima, anda melihat senarai dikongsi mereka dan muzik yang didengari mereka.
Balas permintaan ikut
Anda boleh membenarkan semua orang mengikuti anda, atau hanya orang yang anda pilih. Anda menerima permintaan ikut hanya jika anda memilih orang yang boleh mengikut anda.
Ketik Untukmu, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil.
Ketik Edit, kemudian ketik Orang yang Anda Luluskan jika anda mahu diikuti hanya oleh orang yang anda pilih.
Ketik Permintaan Ikut, kemudian terima atau tolak permintaan.
Anda mungkin menerima permintaan ikut dalam cara lain—sebagai contoh, pautan dalam mesej e-mel atau teks. Untuk menerima, ketik pautan.
Berhenti mengikuti dan menyekat pengikut
Berhenti mengikuti: Sentuh dan tahan gambar profil orang yang anda mahu ikut, kemudian ketik Nyahikut.
Sekat pengikut: Sentuh dan tahan gambar profil, kemudian pilih Sekat.
Orang yang anda mahu sekat tidak akan nampak muzik anda atau mencari profil anda. Mereka masih boleh mendengar senarai main dikongsi anda jika mereka menambahkannya dalam pustaka mereka.
Kongsi muzik dengan pengikut
Secara lalai, pengikut anda melihat senarai main yang anda cipta, tetapi anda boleh tentukan sesetengah senarai main untuk tidak dikongsi.
Ketik Untukmu, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil.
Ketik Edit, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan senarai main.
Seret untuk menyusun semula.
Pengikut anda akan melihat senarai main yang anda cipta pada profil anda melainkan anda menyahaktifkan senarai main yang anda tidak mahu kongsi. Anda boleh menyahaktifkan pilihan ini apabila anda mencipta senarai main atau kemudian, apabila anda mengedit senarai main.
Untuk berkongsi senarai main dengan orang yang tidak mengikuti anda, sentuh dan tahan senarai main, kemudian ketik Kongsi Senarai Main.
Nota: Jika anda membuat perubahan pada muzik yang anda kongsikan—sebagai contoh, edit atau henti berkongsi senarai main—perubahan tersebut ditunjukkan pada peranti pengikut anda.
Sembunyikan kenikmatan anda
Kerana tiada siapa mengakui muzik yang mereka dengar, anda boleh menyembunyikan senarai main dan album daripada pengikut anda.
Ketik Untukmu, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil.
Sentuh dan tahan senarai main atau album (di bawah Sedang Mendengar).
Ketik Sembunyikan daripada Profil.
Sejarah mendengar untuk item ini tidak muncul dalam profil anda dan tidak kelihatan kepada orang yang mengikuti anda. Jika anda tidak mahu pengikut anda melihat sebarang muzik yang anda dengari, ketik Edit pada skrin profil, kemudian nyahaktifkan Sedang Mendengar.
Lihat apa yang orang lain sedang dengar
Lihat apa yang rakan anda sedang dengar: Ketik Untukmu, kemudian skrol ke bawah ke Rakan Sedang Mendengar. Ketik item untuk memainkannya.
Dengar campuran lagu yang rakan anda sedang dengar: Ketik Untukmu, leret ke kiri pada campuran di bahagian atas skrin, kemudian ketik Campuran Rakan.
Lihat apa yang pengikut atau orang yang anda ikut sedang dengar: Ketik Untukmu, ketik atau gambar profil anda, kemudian ketik Lihat Profil. Ketik gambar profil orang untuk melihat senarai main dikongsi dan muzik yang kerap didengar oleh mereka. Anda juga boleh melihat pengikut mereka dan orang yang mereka ikuti.
Kongsi profil anda
Anda boleh berkongsi profil anda menggunakan e-mel, Mesej, atau app lain yang anda pilih.
Ketik Untukmu, kemudian ketik atau gambar profil anda.
Ketik Lihat Profil.
Ketik , ketik Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian.
Anda juga boleh berkongsi profil sesiapa yang anda ikuti atau orang yang mengikut anda.
Laporkan kebimbangan
Jika anda mempunyai kebimbangan tentang pengikut, sentuh dan tahan gambar profil mereka, kemudian ketik Laporkan Kebimbangan.