Cipta projek filem dalam iMovie pada iPad
Dengan iMovie, mudah untuk mencipta filem menarik yang kelihatan profesional terus pada iPhone atau iPad anda.
Selepas anda mencipta projek filem, anda boleh melayari klip video untuk menambah padanya. Pelayar media memaparkan semua klip video yang anda rakam dari dalam iMovie dan juga sebarang klip video daripada pustaka foto anda.
Dalam app iMovie pada iPad anda, ketik Mulakan Projek Baharu, kemudian ketik Filem.
Jika anda tidak melihat Mulakan Projek Baharu, ketik Projek untuk kembali ke pelayar Projek.
Skrin Detik kelihatan, menunjukkan media anda disusun dalam detik—semua foto dan klip video dari hari atau peristiwa tertentu.
Sentuh dan tahan imej kecil untuk mempratonton foto pada saiz yang lebih besar atau untuk memainkan klip video.
Ketik foto dan klip video yang anda mahu masukkan dalam filem anda.
Anda boleh mengetik item satu persatu atau ketik Pilih untuk memilih seluruh detik. Item yang dipilih mempunyai ikon tanda semak biru .
Nota: Untuk melihat klip video, foto dan album anda, ketik Media di bahagian atas skrin.
Ketik Cipta Filem di bahagian bawah skrin.