Buat sentuhan akhir pada treler dalam iMovie pada iPad
Untuk menyiapkan treler, anda boleh mempratontonnya dan membuat pelarasan pada klip video anda atau kedudukan foto anda.
Pratonton treler anda
Dengan projek treler anda terbuka, anda boleh memainkan treler pada bila-bila masa untuk menontonnya dari mula atau untuk menyemak kemajuan kerja anda.
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka treler projek papan cerita.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan treler dalam pemapar: Ketik butang Main di bawah pemapar. Dalam tab Garis Kasar, treler bermain dari mula; dalam tab Papan Cerita, treler bermain dari penunjuk main (garis menegak merah). Ketik butang Jeda untuk menghentikan main balik.
Mainkan treler dari permulaan dalam paparan skrin penuh: Ketik butang Main Skrin Penuh . Jika kawalan main balik tidak dipaparkan, ketik skrin. Ketik Selesai untuk menghentikan main balik.
Mainkan bahagian video yang dipilih sahaja: Ketik butang Main di bahagian bawah skrin. Ketik butang sekali lagi untuk menghentikan main balik.
Laraskan klip video
Anda boleh melaraskan bahagian klip video anda yang kelihatan dalam ruang letak jika klip video berlangsung lebih lama dari masa yang ditentukan untuk item tersebut. Anda juga boleh mengaktifkan audio untuk klip (ia tidak aktif secara lalai).
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka treler projek papan cerita.
Ketik tab Papan Cerita.
Ketik ruang letak yang mengandungi video yang anda mahu laraskan.
Keseluruhan klip video yang mengandungi bahagian video yang dipilih kelihatan, dengan bahagian yang dipilih digariskan dengan warna kuning.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih bahagian baharu video: Seret klip ke kiri dan kanan untuk membuat pilihan baharu.
Pemapar menunjukkan bingkai pertama pilihan semasa anda menggerakkan klip, agar anda boleh melihat dengan tepat di mana pilihan bermula.
Aktifkan audio: Ketik butang Senyap .
Nota: Jika anda merakamkan ke dalam ruang letak foto, anda tidak boleh mengaktifkan audio.
Pratonton video yang dipilih: Ketik butang Main di bahagian bawah skrin; ketiknya sekali lagi untuk menghentikan main balik.
Menonton video membantu anda menentukan sama ada anda memilih bahagian yang anda mahukan.
Apabila anda selesai, ketik Selesai di bawah pemapar, atau ketik Seterusnya untuk melaraskan item seterusnya.
Laraskan foto
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka treler projek papan cerita.
Ketik tab Papan Cerita.
Ketik ruang letak yang mengandungi foto yang anda mahu laraskan.
Ketik Mula atau Tamat untuk melaraskan cara foto dibingkaikan pada permulaan atau penamat kesan Ken Burns.
Dalam pemapar, cubit untuk zum masuk atau keluar, kemudian seret imej mula atau tamat untuk membingkainya seperti yang anda mahukan.
Ketik Selesai di bawah pemapar.
Untuk menyahaktifkan kesan Ken Burns untuk foto, ketik Ken Burns Didayakan . Untuk mengaktifkan kesan Ken Burns, ketik Ken Burns Dinyahdayakan .
Keluarkan video atau foto
Anda mesti kosongkan dahulu ruang letak sebelum anda boleh menambah foto atau klip video lain dalamnya.
Dalam app iMovie pada iPad anda, buka treler projek papan cerita.
Dalam tab Papan Cerita, klik ruang letak yang anda mahu kosongkan.
Ketik butang Padam .
Apabila anda selesai, anda boleh menonton treler anda dan kemudian kongsinya di internet.