Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Beli domain e‑mel baharu dan tambahkan domain ke Mail iCloud di iCloud.com
Jika anda menaik taraf ke iCloud , anda boleh membeli domain e-mel tersuai dan menggunakan domain dengan Mail iCloud. Anda juga boleh menambahkan domain yang telah anda miliki ke iCloud. Lihat Tambah domain e‑mel sedia ada yang anda miliki ke Mail iCloud di iCloud.com.
Anda boleh mengkonfigurasikan hingga lima domain tersuai yang aktif dengan Mail iCloud.
Nota: Domain E‑mel Tersuai tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Sebelum anda bermula
Anda perlu mengaktifkan pengesahan dua faktor untuk Apple ID anda. Jika tidak, anda boleh menghidupkannya di laman web akaun Apple ID.
Anda perlu menyediakan alamat e‑mel Mail iCloud utama untuk menggunakan domain e‑mel tersuai. Jika tidak, lihat Cipta alamat e‑mel utama untuk Mail iCloud.
Beli domain
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Domain E‑mel Tersuai.
Klik “Beli domain baharu.”
Nota: Jika anda sudah menambahkan sekurang-kurangnya satu domain, anda mungkin perlu skrol ke bawah sebelum anda dapat melihat “Beli domain baharu.”
Masukkan domain yang ingin anda beli, kemudian klik Cari.
Pilih domain yang tersedia, kemudian klik Teruskan. Tetingkap baharu di buka. Ikuti arahan pada skrin untuk membeli domain.
Setelah pembelian domain selesai, kembali ke iCloud.com dan pilih orang yang akan menggunakan domain itu:
Hanya anda: Pilih pilihan ini jika anda satu-satunya orang yang akan menggunakan domain. Anda diminta untuk mencipta alamat e‑mel pertama anda.
Anda dan Orang Lain: Pilih pilihan ini jika anda ingin berkongsi domain ini dengan rakan atau ahli keluarga. Anda kini boleh memilih orang yang boleh menggunakan domain. Lihat Tambah atau keluarkan orang yang berkongsi domain e‑mel tersuai di iCloud.com.