Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Pastikan papan Freeform anda dikemas kini dan kongsikannya dengan iCloud
Dengan iCloud, papan Freeform anda dikemas kini pada semua peranti anda dan anda boleh bekerjasama pada papan dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja.
Nota: Freeform tersedia pada iOS 16.2, iPadOS 16.2, macOS 13 atau terkini.
Akses papan yang sama pada semua peranti anda
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Freeform, papan anda disimpan dalam awan, yang mengosongkan ruang pada peranti anda. Anda boleh melihat buku dan dokumen tersebut pada mana‑mana peranti yang telah disediakan untuk iCloud dan Freeform, termasuk iPhone, iPad dan Mac anda.
Oleh sebab papan anda terletak dalam awan, perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti mencipta, mengedit atau memadamkan papan—muncul pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi papan anda yang paling terkini, tidak kira di mana-mana anda mengaksesnya.
Kongsi dan bekerjasama pada papan
Anda boleh berkongsi papan dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja yang menggunakan iCloud dan mereka boleh melihat papan kongsi dalam app Freeform.
Anda memutuskan sama ada individu yang berkongsi dengan anda boleh mengedit papan atau hanya melihatnya. Anda juga boleh membenarkan mereka untuk menambahkan orang lain. Apabila kolaborator membuat perubahan kepada papan, semua orang melihat perubahan tersebut dalam masa nyata.
Mulakan
Lihat Sediakan iCloud untuk Freeform pada semua peranti anda.