Tukar seting HomePod
Orang yang menyediakan HomePod boleh menggunakan app Rumah pada iPhone atau iPad mereka untuk menukar seting HomePod. Terdapat seting individu untuk setiap HomePod yang anda ada dan seting yang terpakai untuk semua speaker HomePod di dalam rumah anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang seting app Rumah, lihat bab app Rumah dalam Panduan Pengguna iPhone atau Panduan Pengguna iPad.
Tukar seting untuk HomePod atau aksesori didayakan Siri
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik HomePod atau aksesori didayakan Siri.
Ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tugaskan HomePod ke bilik lain: Ketik Bilik, kemudian pilih bilik baharu.
Tukar akaun lalai untuk muzik dan podcast: Ketik Pengguna Utama, kemudian pilih akaun yang patut digunakan apabila suara seseorang tidak dapat dikenal pasti.
Nota: Aksesori didayakan Siri tidak mempunyai pilihan akaun peranti untuk pengguna utama.
Mengurangkan bes: Aktifkan Kurangkan Bes untuk mengurangkan output frekuensi rendah HomePod.
Benarkan akses kepada Permintaan Peribadi: Ketik Permintaan Peribadi, kemudian aktifkan setiap HomePod atau aksesori didayakan Siri yang anda mahu gunakan Permintaan Peribadi. Untuk mengetahui cara mendayakan perintah suara yang menggunakan info daripada app pada iPhone atau iPad anda, seperti Mesej atau Kalendar, lihat Sediakan Permintaan Peribadi.
Tukar cara Siri mendengar anda: Pilih “Siri” atau "Hai Siri”, atau hanya “Hai Siri” untuk memilih frasa untuk digunakan bagi permintaan. Atau pilih “Nyahaktifkan" untuk menyahaktfikan permintaan “Siri” dan “Hai Siri”. Untuk menyemak sama ada “Hai Siri” atau “Siri” tersedia untuk peranti dan bahasa anda, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan Siri pada semua peranti Apple anda.
Nyahdayakan pengaktifan Siri menggunakan kawalan sentuh HomePod: Nyahaktifkan Sentuh dan Tahan untuk Siri.
Nyahdayakan cahaya penunjuk apabila Siri diaktifkan: Nyahaktifkan Cahaya Apabila Menggunakan Siri.
Mainkan bunyi loceng apabila Siri diaktifkan: Aktifkan Berbunyi Semasa Guna Siri.
Tukar bahasa atau suara Siri pada HomePod: Ketik Bahasa atau Suara Siri, kemudian ketik pilihan.
Lihat maklumat rangkaian: Ketik Rangkaian Wi-Fi untuk bertukar antara melihat rangkaian Wi-Fi yang HomePod disambungkan dan pengecam rangkaian HomePod. HomePod bersambung ke rangkaian Wi-Fi yang sama dengan iPhone atau iPad anda secara automatik.
Benarkan akses speaker: Untuk mendapatkan maklumat tentang membenarkan orang lain menghantar audio ke HomePod anda, lihat Benarkan orang lain mengawal audio pada HomePod.
Aktifkan VoiceOver: Ketik Kebolehcapaian untuk mengakses seting VoiceOver dan Akomodasi Sentuh. Lihat Gunakan kawalan sentuh HomePod.
Guna HomePod dengan loceng pintu: Jika anda mempunyai aksesori HomeKit yang anda gunakan untuk loceng pintu, ketik Bunyi Loceng Pintu pada HomePod, kemudian pilih speaker HomePod yang akan berbunyi loceng apabila seseorang menekan loceng pintu. Juga, jika anda mempunyai Video Keselamatan HomeKit dengan Pengecaman Muka diaktifkan, HomePod akan mengumumkan siapa di pintu.
Untuk mengetahui cara menambah seseorang ke rumah anda, lihat Jemput orang lain mengawal aksesori di rumah anda dalam Panduan Pengguna iPhone atau iPad.
Nyahdayakan kandungan eksplisit
Anda boleh menyahdayakan main balik kandungan eksplisit untuk pengguna HomePod tertentu di dalam rumah anda. Apabila pengguna tersebut membuat permintaan, HomePod tidak akan memainkan lagu, album, atau episod podcast yang mengandungi kandungan eksplisit.
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Seting Rumah.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, anda melihat seting untuk rumah semasa anda (berdasarkan lokasi anda). Untuk mengedit rumah berbeza, ketik Rumah, kemudian ketik rumah yang anda mahu edit.
Ketik pengguna, kemudian nyahaktifkan Benarkan Kandungan Eksplisit.
Nyahaktifkan sejarah pendengaran
Jika Apple Music ialah perkhidmatan muzik lalai untuk HomePod anda, lagu yang anda mainkan pada HomePod mempengaruhi cara Apple Music mengenal pasti muzik yang anda suka dan sejarah pendengaran anda boleh dilihat pengikut anda di Apple Music. Untuk mengelak perkara ini, anda boleh menyahaktifkan sejarah pendengaran. Ini juga menyahdayakan sejarah dan langganan podcast sehingga anda mengakktifkan semula seting ini.
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Seting Rumah.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, anda melihat seting untuk rumah semasa anda (berdasarkan lokasi anda). Untuk mengedit rumah berbeza, ketik Rumah, kemudian ketik rumah yang anda mahu edit.
Ketik pengguna, kemudian nyahaktifkan Kemas Kini Sejarah Pendengaran.
Aktifkan periksa bunyi
Ciri periksa bunyi mengekalkan paras kelantangan konsisten untuk muzik dan podcast yang dimainkan daripada HomePod.
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Seting Rumah.
Skrol ke bawah, kemudian aktifkan Periksa Bunyi.
Aktifkan atau nyahaktifkan kemas kini automatik perisian HomePod
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Seting Rumah.
Ketik Kemas Kini Perisian, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan HomePod.