Biarkan orang lain memainkan audio pada HomePod menggunakan iPhone atau iPad
Anda boleh membenarkan orang lain memainkan muzik, podcast dan banyak lagi pada HomePod anda.
Benarkan orang lain mengawal audio pada HomePod
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Seting Rumah.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, seting ditunjukkan untuk rumah semasa anda (berdasarkan lokasi anda). Untuk mengedit rumah berbeza, ketik Rumah, kemudian ketik rumah yang anda mahu edit.
Ketik Speaker & TV, kemudian pilih satu daripada pilihan berikut:
Semua Orang: Beri akses kepada semua orang berdekatan.
Sesiapa Dalam Rangkaian Sama: Beri akses kepada sesiapa yang bersambung kepada rangkaian Wi-Fi anda.
Hanya Orang yang Berkongsi Rumah: Beri akses kepada sesiapa yang anda jemput untuk berkongsi rumah anda (dalam app Rumah) dan sesiapa yang bersambung dengan rangkaian Wi-Fi anda.
Seting yang anda pilih juga mengawal orang yang boleh menambah ke baris gilir Main Seterusnya untuk HomePod dalam app Muzik dan app Podcast, serta orang yang boleh menyerahkan audio ke HomePod. Jika anda mempunyai lebih daripada satu HomePod, pilihan anda terpakai untuk kesemuanya.
Ahli rumah anda boleh mengakses muzik mereka daripada HomePod anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Sediakan Permintaan Peribadi.
Setkan kata laluan untuk memainkan audio pada HomePod
Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.
Ketik , kemudian ketik Seting Rumah.
Nota: Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, seting ditunjukkan untuk rumah semasa anda (berdasarkan lokasi anda). Untuk mengedit rumah berbeza, ketik Rumah, kemudian ketik rumah yang anda mahu edit.
Ketik Speaker & TV.
Aktifkan Perlukan Kata Laluan.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu HomePod, seting ini terpakai untuk kesemuanya.
Mainkan muzik bersama-sama menggunakan SharePlay
Dengan langganan Apple Music, anda boleh memulakan sesi SharePlay dan membolehkan tetamu anda mengawal muzik menggunakan iPhone atau iPad mereka (dengan iOS 18, iPadOS 18 atau lebih baharu). Lihat Mainkan muzik bersama-sama menggunakan SharePlay pada iPhone atau Mainkan muzik bersama-sama menggunakan SharePlay pada iPad.