Kawal audio dengan Siri pada HomePod
Semua orang di dalam rumah anda dengan iPhone atau iPad mereka sendiri boleh mengawal HomePod dengan hanya menggunakan Siri. Jika anda menyediakan pengecaman suara, Siri akan mengenal pasti beberapa suara supaya semua orang boleh mengakses muzik dan memainkan pengesyoran peribadi mereka sendiri.
Kawal audio
Cuba mana-mana daripada contoh yang berikut:
Aktifkan Siri: Katakan “Hai Siri”, diikuti oleh permintaan anda.
Contohnya, sebut “Hai Siri, mainkan sedikit muzik.” Suara anda mengaktifkan Siri—walaupun HomePod berada di seberang bilik atau sedang memainkan sesuatu.
Laraskan kelantangan: Sebut sesuatu seperti, “Hai Siri, jadikannya lebih kuat.” Atau setkan paras kelantangan tertentu dengan “Hai Siri, setkan kelantangan ke 50 peratus.”
Jeda dan sambung main balik: Sebut “Hai Siri, henti.” Untuk meneruskan, sebut “Hai Siri, mainkan.”
Setkan pemasa tidur: Hentikan muzik, podcast dan audio lain selepas tempoh masa tertentu. Sebut sesuatu seperti “Hai Siri, henti bermain dalam masa 30 minit”.
Kawal berbilang speaker
Cuba mana-mana daripada contoh yang berikut:
Mainkan di dalam bilik: Rujuk ke bilik yang HomePod berada. Contohnya, sebut “Hai Siri, mainkan muzik di bilik tamu.” Mainkan di dalam berbilang bilik dengan menyebut “Hai Siri, mainkan ini di bilik tamu dan dapur.”
Alihkan audio ke bilik: Untuk berhenti bermain pada speaker dan mula bermain pada yang lain, sebut sesuatu seperti “Hai Siri, alih ini ke bilik tidur.”
Tambah bilik: Untuk menambah bilik apabila audio telah bermain, sebut “Hai Siri, tambah dapur” atau “Hai Siri, mainkan muzik dari dapur di sini.”
Perkara lain yang anda boleh sebut:
“Hai Siri, mainkan di semua tempat.”
“Hai Siri, hentikan bermain di dalam pejabat dan bilik permainan.”
“Hai Siri, apa yang sedang bermain di tingkat bawah?”
“Hai Siri, setkan kelantangan di tingkat atas ke 20 peratus.”