FV
Fungsi FV mengembalikan nilai masa depan bagi pelaburan berdasarkan siri aliran tunai berkala tetap (bayaran amaun yang malar dan semua aliran tunai pada selang masa malar) dan kadar faedah tetap.
FV(periodic-rate, num-periods, bayaran, present-value, when-due)
periodic-rate: Nilai nombor yang mewakili kadar faedah bagi setiap tempoh. periodic-rate dimasukkan sebagai desimal (sebagai contoh, 0.08) atau dengan tanda peratus (sebagai contoh, 8%). periodic-rate ditentukan menggunakan tempoh masa yang sama (sebagai contoh, bulanan, suku tahunan, atau tahunan) sebagai num-periods. Sebagai contoh, jika num-periods yang mewakili kadar faedah bulanan dan tahunan ialah 8%, periodic-rate ditentukan sebagai 0.00667 atau 0.667% (0.08 dibahagi 12). periodic-rate boleh menjadi negatif, tetapi keputusan yang dikembalikan sebagai fungsi boleh menjadi sukar untuk ditafsirkan.
num-periods: Nilai nombor mewakili bilangan tempoh. num-periods ditentukan menggunakan tempoh masa yang sama (contohnya, bulanan, suku tahunan atau tahunan) sebagai periodic-rate. num-periods mestilah lebih besar daripada atau sama dengan 0.
payment: Nilai nombor yang mewakili pembayaran yang dibuat atau amaun yang diterima dalam setiap tempoh. payment seringkali diformatkan sebagai mata wang. Pada setiap tempoh, amaun yang diterima ialah amaun positif dan amaun yang dilaburkan ialah amaun negatif. Contohnya, ia boleh jadi bayaran pinjaman bulanan (negatif) atau bayaran berkala yang diterima pada anuiti (positif).
present-value: Nilai nombor bagi mewakili pelaburan awal atau amaun pinjaman atau anuiti. present-value seringkali diformatkan sebagai mata wang. Pada masa 0, amaun yang diterima ialah amaun positif dan amaun yang dilaburkan ialah amaun negatif. Contohnya, ia merupakan amaun yang dipinjam (positif) atau bayaran awal yang dibuat pada kontrak anuiti (negatif). Jika payment ditentukan dan tiada pelaburan awal, present-value boleh dikecualikan.
when-due: Nilai modal pilihan yang menentukan sama ada bayaran adalah pada awal atau akhir setiap tempoh. Kebanyakan pajak gadai atau pinjaman lain memerlukan bayaran pertama di penghujung tempoh (0), yang menjadi nilai lalai. Kebanyakan bayaran pajak gadai dan sewa dan beberapa jenis bayaran lain, perlu dibayar pada permukaan setiap tempoh (1).
end (0 atau dikecualikan): Bayaran dianggap sebagai telah diterima atau dibuat di hujung setiap tempoh.
beginning (1): Bayaran dianggap sebagai telah diterima atau dibuat pada permulaan setiap tempoh.
Nota
Mata wang yang ditunjukkan dalam hasil fungsi ini bergantung pada seting Bahasa & Rantau anda (dalam Keutamaan Sistem dalam macOS 12 dan lebih awal, Seting Sistem dalam macOS 13 dan lebih baharu, serta Seting dalam iOS dan iPadOS).
Contoh 1 |
---|
Katakan anda merancang untuk membayar pendidikan kolej anak perempuan anda. Dia baru sahaja berusia 3 tahun dan anda menjangka dia akan berada di kolej dalam masa 15 tahun. Anda mempunyai $50,000 (present-value ialah -50000) untuk disimpan dan akaun simpanan pada hari ini dan boleh menambah $200 (payment ialah -200) kepada akaun pada permulaan setiap bulan (when-due ialah 1). Sepanjang 15 tahun akan datang, (num-periods ialah 15*12), akaun simpanan dijangka akan memperoleh kadar faedah tahunan bagi 4.5% (periodic-rate ialah 0.045/12), dan membayar faedah setiap bulan. =FV(0.045/12, 15*12, -200, -50000, 1) mengembalikan $149,553.00, nilai akaun simpanan ini yang dijangka pada masa anak perempuan anda memulakan kolej. |
Contoh 2 |
---|
Katakan anda diberikan peluang pelaburan. Peluang ini memerlukan anda melaburkan $50,000 dalam sekuriti diskaun pada hari ini (present-value ialah -50000) dan kemudian tiada lagi (payment ialah 0). Sekuriti diskaun matang dalam 14 tahun (num-periods) dan mengembalikan $100,000 sewaktu matang. Alternatif anda ialah untuk meninggalkan wang anda dalam akaun simpanan pasaran kewangan anda di mana ia dijangka memperoleh hasil tahunan 5.25% (periodic-rate). Satu cara untuk menilai peluang ini ialah dengan mempertimbangkan nilai $50,000 pada hujung tempoh pelaburan dan membandingkan nilai tersebut kepada nilai penebusan sekuriti. =FV(0.0525, 14, 0, -50000, 0) mengembalikan $102,348.03, nilai masa depan akaun pasaran kewangan pada hujung 14 tahun, jika kadar faedah tahunan ialah 5.25%. Oleh itu, jika semua faktor lain adalah betul, dan jika semua anggapan berlaku seperti yang dijangka, adalah lebih bagus untuk menyimpan wang dalam akaun pasaran kewangan kerana nilainya selepas 14 tahun ($102,348.03) melebihi nilai penebusan sekuriti sebanyak ($100,000). |