Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Eksport papan Freeform sebagai PDF pada Mac
Anda boleh mengeksport papan Freeform sebagai fail PDF.
Pergi ke app Freeform pada Mac anda.
Klik kategori dalam bar sisi, kemudian pilih papan yang anda mahu eksport.
Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi.
Pilih Fail > Eksport Papan sebagai PDF, kemudian klik Eksport.
Selepas anda mengeksport papan sebagai PDF, anda boleh menyimpannya dalam format yang berbeza. Buka PDF dalam Pratonton, pilih Fail > Eksport, kemudian pilih format imej.
Petua: Anda juga boleh menyimpan papan anda sebagai imej dengan mengambil gambar skrin papan.