Minta atau berikan kawalan jauh dalam FaceTime pada Mac
Semasa panggilan video atau audio FaceTime satu ke satu pada Mac, anda boleh mengawal skrin peserta lain dari jauh atau membenarkannya untuk mengawal skrin anda dari jauh. Orang yang mengawal skrin boleh membantu dengan isu atau menunjukkan cara menggunakan app.
Nota: Untuk mengawal skrin seseorang dari jauh, atau membenarkan mereka mengawal skrin anda, kedua-dua peserta mestilah menggunakan Mac dengan macOS 14 atau lebih baharu.
Minta kawalan jauh
Semasa dalam panggilan FaceTime satu ke satu pada Mac anda, minta peserta lain berkongsi skrin mereka dengan anda.
Klik dalam bar alat tetingkap Perkongsian Skrin.
Terima permintaan kawalan jauh
Semasa dalam panggilan FaceTime satu ke satu pada Mac anda, mula berkongsi skrin anda.
Klik dalam bar menu, kemudian klik Benarkan Kawalan.
Apabila anda menerima pemberitahuan permintaan kawalan jauh, klik Benarkan dalam tetingkap yang kelihatan.
AMARAN: Orang yang mengawal skrin anda dari jauh boleh melaksanakan tugasan seperti membuka tetingkap atau fail, menukar seting atau memulakan semula Mac anda. Anda boleh mengklik Jangan Benarkan untuk menolak permintaan kawalan dan anda boleh menghentikan kawalan jauh pada bila-bila masa.
Orang yang mengawal skrin anda dari jauh mungkin dihadkan daripada tugasan seperti menukar seting Akaun Apple anda, membuat bayaran atau memadamkan peranti anda. Touch ID anda akan dinyahdayakan semasa sesi kawalan jauh.
Anda masih boleh menaip, menskrol atau menggerakkan penuding anda semasa skrin anda dikawal dari jauh—tindakan anda diutamakan berbanding tindakan jauh.
Tolak permintaan kawalan jauh
Apabila anda menerima pemberitahuan permintaan kawalan jauh, klik Jangan Benarkan. Perkongsian skrin diteruskan dan peserta lain masih boleh melukis atau menulis pada skrin anda untuk menyerlahkan kawasan penting.
Hentikan kawalan jauh
Lakukan satu daripada berikut:
Jika seseorang mengawal skrin anda: Klik dalam bar menu, kemudian klik Benarkan Kawalan. (Butang dimalapkan.)
Jika anda mengawal skrin orang lain: Klik dalam bar alat tetingkap Perkongsian Skrin.
Menamatkan panggilan FaceTime juga menamatkan kawalan jauh dan perkongsian skrin.