Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Padamkan sejarah panggilan anda dalam FaceTime pada Mac
Anda boleh mengosongkan panggilan tertentu atau semua panggilan daripada senarai panggilan yang anda buat atau terima.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, klik Semua atau Tak Dijawab.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Keluarkan panggilan tertentu: Control-klik panggilan, kemudian pilih Keluarkan daripada Terbaru. Anda juga boleh meleret kiri pada panggilan (dalam senarai panggilan) menggunakan dua jari pada trackpad (gunakan satu jari pada Magic Mouse), kemudian klik butang Padam.
Keluarkan semua panggilan terbaru: Pilih FaceTime > Keluarkan Semua Terbaru.
Penting: Panggilan terbaru dikosongkan daripada kedua-dua anak tetingkap Semua dan Tak Dijawab.