Baiki cakera menggunakan Utiliti Cakera pada Mac
Utiliti Cakera boleh menyelesaikan sesetengah masalah cakera—sebagai contoh, app berbilang keluar di luar jangkaan, fail rosak, peranti luaran tidak bekerja dengan betul, atau komputer anda tidak boleh dimulakan.
Topik ini menerangkan bagaimana untuk memperbaiki cakera yang memulakan Mac anda. Jika anda menghadapi masalah dengan cakera lain, anda boleh membaikinya dengan beberapa langkah. Lihat Sahkan cakera.
AMARAN: Untuk mengelakkan kehilangan data pada Fusion Drive anda, jangan sambungkannya ke Mac yang menggunakan versi OS X lebih awal daripada 10.8.5. Lihat artikel Sokongan Apple Hanya sambungkan pemacu OS X Mavericks Fusion ke OS X Mountain Lion v10.8.5 atau lebih baru.
Cetak halaman ini supaya anda boleh merujuk padanya nanti. (Anda tidak mempunyai akses ke Panduan Pengguna Utiliti Cakera apabila anda memulakan semula komputer anda dalam langkah seterusnya.)
Dalam tetingkap Panduan Pengguna Utiliti Cakera, klik butang Kongsi , kemudian pilih Cetak.
Pilih menu Apple > Mula Semula. Selepas Mac anda mula semula (sesetengah komputer Mac memainkan bunyi permulaan), tekan dan tahan kekunci Command dan R sehingga logo Apple muncul, kemudian lepaskan kekunci.
Klik Utiliti Cakera, kemudian klik Teruskan.
Pilih Paparan > Tunjukkan Semua Peranti.
Dalam bar sisi, pilih cakera yang anda mahu baiki.
Klik butang Bantuan Kecemasan .
Jika Utiliti Cakera memberitahu anda yang cakera itu akan gagal, sandarkan data anda dan ganti cakera itu. Anda tidak dapat membaikinya. Jika tidak, teruskan ke langkah seterusnya.
Klik Jalan.
Jika Utiliti Cakera melaporkan yang cakera kelihatan OK atau telah dibaiki, anda telah selesai. Anda boleh klik Tunjuk Butiran untuk melihat lebih maklumat tentang pembaikan. Jika tidak, anda mungkin perlu lakukan satu daripada yang berikut.
Jika Utiliti Cakera melaporkan ralat “keluasan peruntukan bertindih”, dua atau lebih fail mengisi ruang yang sama pada cakera anda, dan sekurang-kurangnya satu daripadanya mungkin rosak. Anda perlu menyemak setiap fail dalam senarai fail yang terjejas. Kebanyakan fail dalam senarai mempunyai alias dalam folder DamagedFiles di aras atas cakera anda.
Jika anda boleh menggantikan fail atau menciptanya semula, padamkannya.
Jika ia mengandungi maklumat yang anda perlu, bukanya dan periksa datanya untuk pastikan ia tidak rosak.
Jika Utiliti Cakera tidak dapat membaiki cakera anda atau ia melaporkan “Tugas pendasar melaporkan kegagalan,” cuba untuk baiki cakera atau petak lagi. Jika ia tidak berfungsi, sandarkan data seberapa banyak yang boleh, format semula data, pasang semula macOS, kemudian pulihkan data sandaran anda.
Jika Mac anda mempunyai Fusion Drive dan anda melihat tanda soal atau amaran berkelip, lihat bahagian penyelesaian masalah pada artikel Sokongan Apple Perihal Fusion Drive, pilihan storan untuk sesetengah komputer Mac.
Jika anda terus mempunyai masalah dengan cakera anda atau ia tidak boleh dibaiki, ia mungkin rosak secara fizikal dan perlu diganti. Untuk mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan Mac anda, lihat Cari bagaimana untuk servis atau baiki Mac anda.