Hadkan akses ke buku dan buku audio eksplisit dalam Buku pada Mac
Anda boleh menghalang orang yang menggunakan Mac anda daripada mengakses Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dan daripada mendapatkan buku dengan kandungan eksplisit. Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengaktifkan Minta untuk Beli supaya anda diminta meluluskan pembelian untuk ahli keluarga tertentu.
Kawal akses ke Kedai Buku dan Kedai Buku Audio serta kandungan eksplisit
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Kandungan & Privasi di sebelah kanan, kemudian aktifkan “Hadkan seting kandungan eksplisit, pembelian, muat turun dan privasi”.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Nyahdayakan Kedai Buku dan Kedai Buku Audio: Klik Pengehadan App, kemudian nyahaktifkan Benarkan Kedai Buku.
Sekat buku dengan kandungan eksplisit: Klik Pengehadan Kedai, kemudian nyahaktifkan Benarkan Buku Eksplisit.
Aktifkan Minta untuk Beli
Minta untuk Beli diaktifkan secara lalai untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dan boleh diaktifkan bagi ahli keluarga di bawah 18 tahun. (Had umur tertentu mungkin berbeza di negara atau rantau yang berlainan.) Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Keluarga.
Klik ahli keluarga, klik Minta untuk Beli dalam bar sisi, kemudian aktifkan Perlukan Kelulusan Pembelian.