Hadkan akses ke buku dan buku audio dengan kandungan eksplisit dalam Buku pada Mac
Anda boleh menghalang orang yang menggunakan Mac anda daripada mengakses Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dan daripada mendapatkan buku dengan kandungan eksplisit. Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, anda boleh mengaktifkan Minta untuk Beli supaya anda diminta meluluskan pembelian untuk ahli keluarga tertentu.
Kawal akses ke Kedai Buku dan Kedai Buku Audio serta kandungan eksplisit
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Masa Skrin.
Klik Kandungan & Privasi dalam bar sisi.
Aktifkan Pengehadan.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Nyahdayakan Kedai Buku dan Kedai Buku Audio: Klik App, kemudian nyahpilih Kedai Buku.
Sekat buku dengan kandungan eksplisit: Klik Kedai, kemudian nyahpilih Buku Eksplisit.
Aktifkan Minta untuk Beli
Minta untuk Beli diaktifkan secara lalai untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun dan boleh diaktifkan bagi ahli keluarga di bawah 18 tahun. (Had umur tertentu mungkin berbeza di negara atau rantau yang berlainan.) Lihat Sediakan Perkongsian Keluarga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Perkongsian Keluarga.
Klik Keluarga, kemudian aktifkan Perkongsian Keluarga (jika ia belum diaktifkan).
Pilih ahli keluarga, kemudian klik Butiran.
Aktifkan Minta untuk Beli, kemudian klik Selesai.